Semalam Proton mengumumkan bahawa ia sedang dalam proses rationalisasi di mana ia diharap akan dapat menaikkan lagi kualiti servis perkhidmatan sekarang. Dengan itu, Proton, bersama Proton Edar menjemput ahli-ahli perniagaan yang berminat untuk menyertai program penambahan pengedar – termasuk pusat 3S.

Proton akan mengambil peluang ini bukan sahaja untuk membentuk struktur pemasaran, pengedaran dan perkhidmatan pasca-jualan yang lebih kuat tetapi juga mengolah rangkaian jualan di seluruh negara.
Oleh itu, sesiapa yang berminat boleh memuat turun borang berkaitan dari www.proton-edar.com.my. Kemudian, borang yang telah diisi dan disertakan dengan dokumen-dokumen diperlukan perlu dihantar kepada Bahagian Perancangan dan Pembangunan Rangkaian, Proton Edar, sebelum tarikh tutup 31 Mei 2015.

Menurut ketua pegawai eksekutif Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, syarikat itu sekarang mempunyai sejumlah 413 bilik pameran, termasuk ada sebagai pusat 3S. Pertambahan rangkaian pengedar di dalam perancangan ini akan dilakukan secara berperingkat.
Beliau menambah, “Selain membuka peluang kepada pelabur baharu ke dalam rangkaian kami, program ini juga akan dapat menyelesaikan beberapa isu lain termasuk ketidakseragaman imej korporat, pertindihan sumber, aktiviti pemasaran antara pelabur lain dan kelainan di dalam proses operasi.”