awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton tawar bantuan kepada pelanggan terjejas akibat banjir

Bernama
Bernama
22/12/2021
05:16 MYT
Proton tawar bantuan kepada pelanggan terjejas akibat banjir
Proton menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Proton akan membantu semua pemilik model Proton yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Selain itu, syarikat pengeluar kereta itu juga akan menanggung caj tunda sebanyak sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan ribuan penduduk terutama di Selangor dan Shah Alam.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut
"Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.
"Keadaan yang luar biasa memerlukan tindak balas yang luar biasa juga. Proton akan berusaha untuk memastikan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini," katanya.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Proton
#Banjir 2021
#diskaun alat ganti
#caj tunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan