awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton tingkatkan lagi bantuan

Astro Publication
Astro Publication
02/01/2015
08:32 MYT
Proton tingkatkan lagi bantuan
Diharapkan peringkat paling teruk musim tengkujuh kali ini sudah reda, dan usaha untuk memberi bantuan kepada beratus-ribu mangsa boleh dijalankan dengan lebih berkesan serta teratur, insyaa Allah - Editor
Jika sebelum ini Proton mengumumkan bahawa kenderaan Proton mangsa-mangsa banjir diberikan diskaun 20% peratus untuk alat-alat ganti, jumlah itu sudah ditingkatkan ke 30% untuk meringankan lagi beban mereka yang memerlukannya. "Kami merasakan bahawa diskaun yang ditawarkan pada awalnya tidak banyak membantu mengurangkan bebanan mangsa banjir dalam keadaan semasa ini dan untuk itu kami memutuskan untuk menambahkan lagi pemberiaan diskaun untuk alat ganti kepada 30% manakala kos buruh bagi kerja baik pulih kereta pula tidak akan dikenakan kepada pelanggan Proton yang terjejas akibat banjir. Oleh itu, kami nasihatkan pemilik kereta Proton yang terjejas untuk menghantar kereta mereka di pusat servis Proton berdaftar yang terdekat," kata Dato' Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton. Program bantuan ini akan berterusan sehingga 15 Mac 2015 dan turut akan membabitkan pemeriksaan percuma, penilaian kerosakan dan bantuan penundaan dari tempat kejadian hingga ke cawangan pusat servis Proton terpilih. Sehubungan itu, pemilik kenderaan Proton yang terbabit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Proton di talian 1800-888-398 untuk pertanyaan, pertolongan dan bantuan khidmat penundaan.
Topic Berkaitan
#
# DRB
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan