awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Algeria bakal batal perjanjian perkhidmatan udara dengan UAE
Pasukan Petugas Industri Labuan diberi tempoh tiga bulan kemuka cadangan penyelesaian - Hannah
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton X50 terbakar, dipercayai angkara khianat

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/11/2023
01:50 MYT
Proton X50 terbakar, dipercayai angkara khianat
Keadaan kenderaan yang terbakar 30 peratus pada bahagian hadapan dalam satu kejadian di Taman Badrishah pada Sabtu. - Foto JBPM Perak
IPOH: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) musnah terbakar, dipercayai angkara khianat dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Badrishah, di sini, awal pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 4.51 pagi.
Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh yang tiba tiga minit kemudian mendapati sebuah kereta jenis Proton X50 di dalam garaj sebuah rumah, terbakar 30 peratus pada bahagian hadapan.
“Bahagian hadapan rumah tersebut juga terbakar kira-kira lima peratus tetapi tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, pihak bomba tidak menolak kemungkinan berlaku unsur-unsur khianat pada kebakaran tersebut.
Katanya, pasukan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan), seterusnya memadam kebakaran menggunakan satu saluran bantu mula dengan sumber air dari jentera bomba sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azmil Kamaruddin tamat jam 5.54 pagi.
Topic Berkaitan
#SUV
#kebakaran
#khianat
#Sabarodzi Nor Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan