awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Provokasi pihak luar punca kecoh di Petaling Street - Jamal Md Yunos

Anthea Yap
Anthea Yap
17/09/2015
10:05 MYT
Provokasi pihak luar punca kecoh di Petaling Street - Jamal Md Yunos
Menurut Jamal, penganjur juga sedia membayar kos penyelenggaraan sampah sekiranya dituntut oleh pihak berkuasa. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu mendakwa kekecohan yang berlaku di Petaling Street berpunca daripada provokasi oleh pihak luar termasuk kumpulan yang dikenali sebagai 'Otai Reformasi.'
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata kumpulan tersebut telah menyemarakkan kemarahan peserta himpunan melalui penyebaran risalah dengan mesej-mesej provokasi.
"Kalangan peserta yang berada di Jalan Petaling telah terhasut dengan provokasi oleh Otai Reformasi.
"Ini terbukti dengan risalah yang ditabur kepada peserta di kawasan itu," katanya pada sidang media di lobi PWTC hari ini.
Jamal turut menyifatkan kekecohan itu sengaja dicetuskan untuk menjejaskan perhimpunan yang telah mendapat kelulusan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berwajib terutama polis supaya menyiasat penglibatan kumpulan itu sebagai punca kekecohan berkenaan.
Selain itu katanya, penganjur juga sedia membayar kos penyelenggaraan sampah sekiranya dituntut oleh pihak berkuasa.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Rahman Dahlan menulis di dalam tweetnya bahawa pihak penganjur mengharapkan bil bernilai RM38,000 akan dituntut pihak berkuasa.
Manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Amin Nordin Abdul Aziz pula berkata anggaran jumlah RM50,000 perlu dibayar pihak penganjur untuk kos pembersihan.
Topic Berkaitan
#Himpunan Rakyat Bersatu
#Jamal Md Yunos
#Otai Reformasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan