awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU14: SPR belum ada tarikh

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
07/04/2018
04:54 MYT
PRU14: SPR belum ada tarikh
MOHD HASHIM: Simulasi ini dilakukan bagi mengenalpasti semua masalah dan menyediakan pelan kontigensi. - Gambar fail
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum lagi menentukan tarikh mesyuarat bagi menetapkan hari-hari penting berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ini kerana, Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima makluman rasmi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dari semua negeri.
"Buat masa ini, secara rasmi hanya Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang sudah menghantar notis rasmi.
"Bagi Parlimen pula, notis dari Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah kami terima pada 6 April," katanya pada satu sidang media di Pejabat SPR di sini hari ini.
Sidang media tersebut diadakan selepas SPR menjalankan simulasi bagi menguji sistem penerimaan dan penghantaran maklumat berkaitan Penamaan Calon dan Hari Mengundi.
"Ia dilakukan bagi mengenalpasti semua masalah dan menyediakan pelan kontingensi.
"Dari segi persiapan lain, semuanya dalam 100 peratus bersedia termasuk logistik, peralatan dan petugas," kata Mohd Hashim.
Topic Berkaitan
#mesyuarat
#Mohd Hashim Abdullah
#PRU14
#Simulasi
#SPR
#tarikh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan