IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Perak tidak ada masalah sekiranya DAP berkeinginan untuk meletakkan calon mereka bagi merebut kerusi Parlimen Parit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata ini kerana pada ketika ini semua pihak dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) boleh menyatakan hasrat mereka untuk bertanding di mana-mana kawasan kerana ia belum diputuskan di peringkat tertinggi gabungan parti itu.
“Kesemua pihak boleh menyatakan hasrat, tetapi (kerana) keputusan itu (pembahagian kerusi) masih di peringkat perbincangan.
“Kita pun belum putuskan lagi siapa yang nak bertanding di mana setakat ini. Namun, pada saya tidak salah (sesiapa) hendak nyatakan hasrat itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pemberita pada Program Jelajah Tolak BN PN di Jalan Pemimpin Kampung Manjoi, dekat sini, malam tadi.
Minggu lalu media melaporkan DAP Perak melancarkan penubuhan cawangannya di Parlimen Parit dengan mencatat rekod sebagai cawangan DAP paling ramai ahli Melayu di Perak.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilaporkan berkata partinya akan cuba mengajukan proses perundingan supaya DAP diberikan peluang untuk bertanding di salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di situ iaitu Bota atau Belanja.
Sementara itu, ketika ditanya pendirian DAP untuk mengetengahkan lebih ramai calon Melayu pada PRU15, Asmuni berkata beliau mengalu-alukannya.
Katanya, sebagai rakan dalam parti komponen PH, Amanah Perak melihat perkara itu sebagai satu perkembangan yang positif terutama bagi sebuah parti yang berbilang bangsa itu.
“Saya mengalu-alukan itu, jika calon Melayu itu yang diletakkan nanti di kawasan yang boleh menang. Bukan setakat meletakkan calon sahaja tapi tidak memberi apa-apa sumbangan kerusi kepada kita.
“Sekali lagi, jika calon yang diletakan itu boleh menang, saya lihat ia adalah satu perkembangan yang positif bagi rakan kita ini,” jelasnya lagi.
Pada Ahad lalu, media melaporkan DAP akan mengetengahkan lebih ramai calon Melayu pada PRU15 terutama bagi mengisi kekosongan kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan menjangkakan akan ada pertambahan kerusi bagi calon DAP pada PRU15 berikutan pembahagian semula kerusi Bersatu pada PRU14.
Amirrul Rabbani
Wed Sep 28 2022
![PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/51540909516_AsmuniAwi.jpg)
ASMUNI: Semua pihak boleh menyatakan hasrat, tetapi keputusan itu (pembahagian kerusi masih) di peringkat perbincangan. -Foto fail/Facebook/@hajiasmuniawi
![Pasukan pengangkap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji Pasukan pengangkap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718412824_Pasukanpengangkap.jpg)
Pasukan pengangkap Arab Saudi dikerah bantu jemaah haji
Antara tugasan yang mereka lakukan ialah mengedar peta terperinci dan interaktif untuk membantu jemaah.
![2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM 2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707362015_LebuhrayaKarak.jpg)
2.52 juta kenderaan penuhi lebuh raya utama sempena Aidiladha - LLM
Pertambahan jumlah kenderaan dijangka berlaku secara berperingkat bermula 14 Jun (semalam) hingga 18 Jun 2024 (Selasa).
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [15 Jun 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Polis akan minta MCMC turunkan kandungan tangkap layar siasatan
- 31,600 jemaah Malaysia menuju kemuncak haji
- MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20%
#AWANInews #AWANIPagi
- Kes pembunuhan Zayn Rayyan: Polis akan minta MCMC turunkan kandungan tangkap layar siasatan
- 31,600 jemaah Malaysia menuju kemuncak haji
- MITA umum harga sewa bas, van persiaran naik 20%
#AWANInews #AWANIPagi
![Pameran kenderaan klasik keluarga diraja Johor sempena MBWM 2024 Pameran kenderaan klasik keluarga diraja Johor sempena MBWM 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715774366_tbAbRaufYusoh.jpg)
Pameran kenderaan klasik keluarga diraja Johor sempena MBWM 2024
Malaysia Bike Week Melaka (MBWM) 2024 kali ini dengan menampilkan pameran khas 'Aset Automotif Klasik Keluarga Diraja Johor.'
![Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Niah Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Niah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718411686_kebakaran.jpg)
Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran kereta di Niah
Pemeriksaan mendapati, mangsa yang berusia 63 tahun rentung di tempat duduk pemandu.
![MAHB sumbang dua anjing pengesan kepada Perhilitan banteras penyeludupan hidupan liar MAHB sumbang dua anjing pengesan kepada Perhilitan banteras penyeludupan hidupan liar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718398766_KastamAirport.jpg)
MAHB sumbang dua anjing pengesan kepada Perhilitan banteras penyeludupan hidupan liar
Anjing K9 itu telah menjalani latihan intensif dengan pelatih profesional untuk mengesan hidupan liar.
![Insiden berbalas tembakan di Jalan Abad, dua disyaki penjenayah maut Insiden berbalas tembakan di Jalan Abad, dua disyaki penjenayah maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718409960_tembak.jpg)
Insiden berbalas tembakan di Jalan Abad, dua disyaki penjenayah maut
Semakan mendapati suspek yang berusia 42 tahun mempunyai 38 rekod jenayah dan dadah manakala identiti seorang lagi suspek masih belum dikenal pasti.
Astro tawar siaran langsung perlawanan sepanjang Euro 2024
Astro berbesar hati menyeru orang ramai menonton kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA Euro 2024 di dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) menerusi dua saluran utama iaitu SpoTV Stadia (saluran 808) dan SpoTV2 (saluran 809).
Rawatan kanser: Kate Middleton sahkan ada kemajuan dalam rawatan
Puteri Wales, Kate Middleton mengesahkan sedang membuat kemajuan yang baik ketika menjalani kemoterapi pencegahan kanser dihadapinya.
Laut China Selatan: Ketua tentera Filipina gesa nelayan abai peraturan baharu China
Ketua tentera Filipina menggesa nelayan Filipina untuk terus menangkap ikan di zon ekonomi eksklusif negara itu di Laut China Selatan.
![Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703295339_KonvensyenNasional.jpg)
Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu
Barisan kepimpinan baharu akan membantu mantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
![AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705134652_AimanAthira.jpg)
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.
![Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703983193_pekmakananasas.jpg)
Banjir: Pemuda Amanah aktifkan pusat kumpul bekalan makanan
Pusat yang beroperasi 24 jam itu memerlukan segera beberapa barangan keperluan seperti lampin pakai buang, air mineral dan selimut.
![Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703418191_Amanah.jpg)
Mat Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan
Datuk Seri Mohamad Sabu kekal menjawat jawatan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) untuk penggal ketiga.
!['Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi' 'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703392568_TBKhalidAbdulSamad.jpg)
'Utamakan parti berbanding kejar cita-cita peribadi'
Khalid memberi peringatan itu selepas meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir ahli yang membuat kritikan terbuka termasuk isu dalaman parti.
![Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703393162_TBAmanah.jpg)
Amanah lulus empat usul, termasuk budaya takfiri, fitnah
Kesemua usul itu diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti perwakilan yang hadir.
![Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703295339_KonvensyenNasional.jpg)
Konvensyen Nasional Amanah bermula, jawatan Presiden jadi tumpuan
Pemilihan bagi penggal 2023-2026 itu menyaksikan 124 calon menyerahkan borang pencalonan, termasuk Presiden parti Mohamad Sabu.
![Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703231998_TBAdlyjpg.jpg)
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
![Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah - Mujahid Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah - Mujahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702795477_MujahidYusof.jpg)
"Label 'budak suruhan' DAP, pecahan Pas hanya untuk rendahkan Amanah" - Mujahid
Ia sekali gus, ujarnya membolehkan Amanah akhirnya diperakui sebagai parti yang dihormati dan disegani oleh kawan serta pihak lawan.
![Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702743779_TBPemudaAmanah.jpg)
Pemuda Amanah cadang ADUN dihadkan dua penggal
Pemuda Amanah meluluskan usul agar tempoh perkhidmatan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada parti itu dihadkan kepada hanya dua penggal.