awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: BN tidak boleh lagi jadi parti luar bandar - KJ

Israr Khalid
Israr Khalid
17/11/2022
22:58 MYT
PRU15: BN tidak boleh lagi jadi parti luar bandar - KJ
Khairy berkata, BN mesti keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk membuktikan bahawa ia adalah parti yang dapat memenuhi aspirasi penduduk urban. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) perlu lebih berani untuk menampilkan pemimpin-pemimpin besarnya untuk bertanding di kawasan bandar selepas ini supaya tidak lagi dilihat sebagai parti luar bandar.
Khairy Jamaluddin Abu Bakar, calon BN P.107 Sungai Buloh berkata, dengan itu, BN akan dilihat sebagai parti yang benar-benar serius mengangkat suara kelompok masyarakat yang mewakili 77 peratus rakyat negara ini.
Maka, tegas beliau, BN mesti keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk membuktikan bahawa ia adalah parti yang dapat memenuhi aspirasi penduduk urban yang berdepan dengan realiti kehidupan semasa, di samping sokongan padu yang diperoleh daripada masyarakat luar bandar.
“Menang kalah itu memang adat pertandingan, tapi kita kena ambil risiko, jangan hantar calon 'lightweight' sahaja ke kawasan-kawasan bandar.
“Kena hantar pemimpin parti, menteri ke kawasan tersebut, supaya kita memberi mesej bahawa kita serius untuk mendapatkan sokongan daripada orang bandar.
“Kalau tidak, kita akan selama-lamanya jadi parti luar bandar, parti yang hanya akan bertanding di kawasan-kawasan selamat.
"Dan kita tak akan jadi relevan dan menggemakan (suara) majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Oleh sebab itu, beliau menyahut cabaran untuk bertanding di Parlimen Sungai Buloh, kawasan yang rencam penduduknya dan tegar sokongannya kepada Pakatan Harapan (PH).
Kata Khairy, pada usia 46 tahun dan setelah tiga penggal mewakili rakyat Rembau, beliau memerlukan cabaran baharu yang dapat menjadikannya pemimpin yang lebih baik dalam mengorak langkah menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
“Sebab itu saya menawarkan diri saya sebagai satu faktor semak dan imbang.
"Yang penting, sekurang-kurangnya saya boleh jadi suara orang Sungai Buloh yang membawa satu pandangan kontra terhadap 'establishment' di sini yang berpihak kepada PH.
“Jadi, kena ada seorang pejuang yang prihatin, yang berani melawan arus untuk mempercepatkan penyelesaian kepada isu-isu dihadapi orang Sungai Buloh.”
PRU15 | BN tidak boleh lagi jadi parti luar bandar - KJ
Topic Berkaitan
#PRU15
#Khairy Jamaluddin
#parti luar bandar
#Parlimen Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan