awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Cacat penglihatan tidak halang warga emas tunai tanggungjawab

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
19/11/2022
03:20 MYT
PRU15: Cacat penglihatan tidak halang warga emas tunai tanggungjawab
Anis Salleh tidak melepaskan peluang untuk turun membuang undi meskipun tidak dapat melihat. - Astro AWANI
KUCHING: Kurang upaya penglihatan, tidak menjadi penghalang untuk melunaskan tanggungjawab dalam sistem demokrasi negara.
Seorang warga emas, Anis Salleh tidak melepaskan peluang untuk turun membuang undi meskipun tidak dapat melihat.
Apa yang penting katanya, tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia perlu dilakukan demi masa depan yang lebih cerah.
“Saya tidak pernah terlepas untuk mengundi, walaupun saya macam ini (buta) tanggungjawab tetap ditunaikan.
“Kepada orang yang sihat, turunlah mengundi demi masa depan Malaysia,” kata warga emas berusia 72 tahun itu.
Sementara itu, pasangan suami isteri, Awang Chee Awang Jali, 72, dan Morliah Hazmi, 67, dilihat bersemangat dan teruja seperti baru pertama kali mengundi.
pasangan suami isteri, Awang Chee Awang Jali, 72, dan Morliah Hazmi, 67,
Pasangan suami isteri, Awang Chee Awang Jali, 72, dan Morliah Hazmi, 67, tiba seawal 7 pagi untuk memilih siapa yang bakal mewakili suara rakyat Parlimen Santubong di Dewan Rakyat nanti. - Astro AWANI
Pasangan ini hadir ke Pusat Mengundi di Dewan Serbaguna Kapsel,di Kampung Panglima Seman Lama seawal jam 7 pagi.
“Kami datang awal pada jam 7 pagi, tetapi pintu (pusat mengundi) masih tutup ketika itu kerana ia hanya dibuka bermula jam 7.30 pagi.
“Tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menentukan kerajaan yang baik,” katanya.
Dewan Serbaguna Kapsel merupakan antara 50 pusat mengundi bagi kawasan Parlimen Santubong yang memiliki 79,232 pemilih berdaftar.
Topic Berkaitan
#PRU15
#warga emas
#Parlimen Santubong
#OKU penglihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan