awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Calon tidak wajib isytihar harta - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2022
08:12 MYT
PRU15: Calon tidak wajib isytihar harta - Ismail Sabri
Perdana Menteri yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen P090 Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media selepas merasmikan Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera, hari ini. - Foto BERNAMA
BERA: Pengisytiharan harta bukan sesuatu perkara yang diwajibkan bagi calon yang bertanding pada pilihan raya umum, sebaliknya ia boleh dilakukan atas kerelaan sendiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak termasuk dalam akta perundangan bagi mana-mana calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen mahu pun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menurut beliau, kini hanya menteri dan timbalan menteri yang dilantik akan diwajibkan untuk mengisytiharkan harta mereka.
“Tak perlu, kita buat perkara yang perlu yang termasuk dalam akta dan sebagainya iaitu kita buat apabila dah menang nanti, ahli parlimen diminta isytihar harta terlebih dahulu.
“Tetapi, tak semua (ahli parlimen) yang (perlu) mengisytiharkan harta… ahli parlimen tak payah mengisytiharkan harta sebab mereka pun boleh berniaga, tetapi menteri, timbalan Menteri, mereka wajib mengisytiharkan harta dan memang kita mengisytiharkan harta,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Anak Muda Gegor Bera di Dewan Konvensyen Bera, hari ini.
Sebelum ini, calon Pakatan Harapan(PH) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diwajibkan mengisytihar harta.
Calon PH bagi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menjadi antara tumpuan umum selepas mengisytihar harta sebanyak RM18.85 juta.
Topic Berkaitan
#isytihar harta
#PRU15
#calon PRU
#PM Ismail Sabri Yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan