awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon

Azizah Alwi
Azizah Alwi
23/10/2022
15:26 MYT
PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon
DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). - Astro AWANI
KUCHING: DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusinya, Chong Chieng Jen kekal mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2018 selepas menewaskan Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian di Parlimen Stampin dengan majoriti 14,221.
Manakala Bandar Kuching, DAP sekali lagi mengangkat suara muda dengan mencalonkan semula Dr Kelvin Yii Lee Wuen.
Pada PRU14, Ketua DAPSY itu menewaskan Amoi Kho atau Kho Teck Wan dari Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 35,973.
Sementara itu, kerusi Bidayuh di Mas Gading, Mordi Bimol tidak mahu melepaskan peluang untuk kembali berada di pentas Parlimen.
Walaupun sebelum ini dikatakan berdepan masalah kesihatan, namun beliau kini dilihat bersedia untuk mempertahankan kerusinya.
Mordi Bimol yang mempertahankan kerusi parlimen P1.92 Mas Gading dengan menang majoriti 3,024 mengalahkan Nogeh anak Gumbek.
Kerusi Serian pula bakal menyaksikan pertembungan semula antara Learry Jabul dengan Timbalan Presiden SUPP, Datuk Seri .Richard Riot Jaem
Kekalahan lalu tidak mematahkan semangatnya untuk berdiri sekali lagi di bawah panji Pakatan Harapan (PH).
Dengan pengumuman terbaharu itu, maka lengkap barisan calon DAP Sarawak yang diadakan di Ibu Pejabat DAP Sarawak di Padungan malam tadi.
Terdahulu Chieng Jen telah mengumumkan tiga calon bagi kerusi Sibu, Lanang dan Bintulu di Sibu pada Sabtu.
Mereka adalah Oscar Ling, Alice Lau dan Tony Chiew, sementara calon bagi Parlimen Sarikei, DAP menampilkan muka baharu iaitu Roderick Wong Siew.
Topic Berkaitan
#DAP Sarawak
#senarai calon
#PRU15
#Chong Chieng Jen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan