awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hubungan GPS, PN masih baik

Bernama
Bernama
09/11/2022
10:55 MYT
PRU15: Hubungan GPS, PN masih baik
Hubungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) masih baik walaupun PN bertanding di empat kerusi Parlimen di Sarawak pada PRU15.
KUCHING: Hubungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) masih baik walaupun PN bertanding di empat kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.
"Ini (tindakan PN bertanding di Sarawak) adalah politik, bukan bererti bila mereka (PN) bertanding di Sarawak mereka terus jadi lawan GPS.
"Malah sebelum Parlimen bubar kita pernah bersama PN (bentuk kerajaan di peringkat Persekutuan), perhubungan kita masih baik," katanya selepas menghadiri sidang media Sarawak Fair 2022 di sini hari ini.
GPS dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Abdul Karim berkata mengambil semangat demokrasi, GPS akan masuk gelanggang berdepan PN di empat kerusi Parlimen itu iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.
"Walaupun dengan hati yang berat kami akan berdepan dengan mereka (PN) dan kita akan beri ruang kepada pengundi di empat kerusi tersebut untuk menentukan pilihan mereka," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov manakala pengundian awal 15 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GPS
#Perikatan Nasional
#PN
#Sarawak
#politik sarawak
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan