awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kaum India luar bandar minta selesai masalah pendidikan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
25/10/2022
02:10 MYT
PRU15: Kaum India luar bandar minta selesai masalah pendidikan
Mereka berpendapat, hanya dengan pendidikan sahaja mampu membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan. - Astro AWANI
BATU KURAU: Masyarakat India luar bandar di sekitar Batu Kurau, Perak, berharap beberapa masalah pendidikan yang berlaku sekarang dapat diberi perhatian.
Ini kerana, mereka berpendapat, hanya dengan pendidikan sahaja mampu membawa mereka keluar dari kepompong kemiskinan.
Beberapa orang yang ditemui memberitahu, antara masalah itu kekurangan guru, kemudahan persekolahan dan ketiadaan institusi pendidikan tinggi di sekitar kawasan berhampiran
Bagi pesara polis, K Kalipan, penduduk di sini sangat mengharapkan kerajaan baharu membuka institusi pendidikan tinggi seperti universiti di kawasan mereka.
"Kami penduduk di sini sangat-sangat mengharapkan daripada kerajaan yang akan memerintah selepas ini, iaitu pendidikan tinggi seperti universiti yang mana ini amat penting pada penduduk.
"Buat masa ini sekarang ramai terpaksa pergi universiti lebih jauh hingga 80 hingga 100 kilometer. Kalau dapat wujudkan sebuah universiti di tempat kami, kami dan juga para pelajar dapat memajukan diri mereka kerana pendidikan ini adalah penting sekali.
"Pendidikan itu akan membawa perubahan kepada masyarakat dan juga negara kita," katanya.
Menurut seorang pelajar, R Roshinee, peluang pelajaran bagi pelajar di luar bandar ini tidak sama seperti pelajar di bandar kerana mereka sangat ketinggalan dari segi kemudahan teknologi.
"Pelajar luar bandar ini dia mempunyai pelajaran yang tak begitu sama dengan pelajar bandar iaitu kami sangat ketinggalan dari segi teknologi di era globalisasi ini.
"Saya juga mengharapkan sebagai anak muda untuk kerajaan mengadakan banyak lagi bengkel ditekankan kepada pelajar-pelajar SPM yang akan menghadapi peperiksaan itu pada Februari ini," ujarnya.
Bagi pembantu pengurus ladang, M. Pusparahan pula. mutu pendidikan di luar bandar harus dipertingkatkan kerana apabila mereka dapat hasilkan pelajar yang berkualiti, ini akan membantu kerajaan mengurus negara dengan lebih baik.
"Pada saya di kawasan luar bandar ini mutu pendidikan harus ditingkatkan kerana apabila kita dapat menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti atau boleh mengetahui agenda dan isu-isu semasa negara, maka ia boleh membantu negara ataupun kerajaan mengurus negara ini dengan mudah.
"Dalam kalangan B40, ramai kanak-kanak telahpun mendapatkan keputusan yang cemerlang selepas mereka menduduki peperiksaan, namun peluang pekerjaan itu menyebabkan mereka lari ke merata tempat.," katanya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#pendidikan
#Institusi Pengajian Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan