awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ketua Polis Johor selesai tunai tanggungjawab undi awal

Hilmi Malik
Hilmi Malik
15/11/2022
02:50 MYT
PRU15: Ketua Polis Johor selesai tunai tanggungjawab undi awal
Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan jarinya yang dicalit selepas menunaikan tanggungjawab. Seramai 1,395 anggota polis di IPK Johor terlibat dengan proses undi awal. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat selesai menunaikan tanggungjawab undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Selasa.
Terdahulu beliau tiba di IPK Johor pada jam 9 pagi sebelum selesai melaksanakan proses pengundian pada jam 9.20 pagi.
Dalam pada itu, Kamarul Zaman turut memaklumkan, sejumlah 1,395 anggota polis bersama pasangan bakal terlibat dengan proses undi awal hari ini.
“Kita sudah tetapkan masa tertentu untuk pastikan pembahagian tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna.
“Kalau semua keluar undi jadi siapa nanti yang nak laksanakan tugas-tugas kawalan keselamatan dan sebagainya jadi semua itu kita dah atur,” katanya ketika ditemui di IPK Johor pada Selasa.
Dewan Dato Onn merupakan lokasi undi awal bagi IPK Johor.
Dewan Dato Onn merupakan lokasi undi awal bagi IPK Johor.
Mengulas lanjut, pihaknya berkata, sebahagian besar anggotanya di IPK Johor telah mula keluar mengundi pagi ini dengan anggaran berjumlah 600 anggota.
Terdahulu, anggota polis di IPK Johor telah mula beratur seawall jam 7.30 pagi sebelum pusat mengundi dibuka tepat jam 8 pagi.
Anggota polis IPK Johor mula beratur seawal jam 7.30 pagi untuk tunaikan tanggungjawab undi awal.
Anggota polis IPK Johor mula beratur seawal jam 7.30 pagi untuk tunaikan tanggungjawab undi awal.
Secara keseluruhan bagi negeri Johor, seramai 22, 689 anggota polis dan tentera termasuk pasangan turut terlibat dalam proses undi awal.
Daripada jumlah itu, sejumlah 11,544 terdiri daripada anggota warga PDRM.
Topic Berkaitan
#undi awal
#ketua polis johor
#Datuk Kamarul Zaman Mamat
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan