awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Malawakil sedia bantu pengundi di luar negara - Saifuddin

Bernama
Bernama
19/10/2022
13:45 MYT
PRU15: Malawakil sedia bantu pengundi di luar negara - Saifuddin
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata secara lazimnya, pihak kedutaan dan konsulat bertanggungjawab membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyelaraskan pengundi yang berada di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
SEPANG: Kesemua Perwakilan Malaysia (Malawakil) bersedia membantu pengundi yang berada di luar negara melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata secara lazimnya, pihak kedutaan dan konsulat bertanggungjawab membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyelaraskan pengundi yang berada di luar negara.
Beliau berkata Malawakil juga akan melakukan persediaan termasuk menguruskan pertambahan pengundi di luar negara susulan pelaksanaan UNDI18 dan pendaftaran pengundi secara automatik.
"Apa sahaja arahan dan ketetapan yang dibuat SPR akan kita laksanakan dengan sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas menyambut kepulangan seorang rakyat Malaysia yang mengalami strok semasa berada di Korea Selatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Okt bagi memberi laluan kepada PRU15 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
SPR akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi menentukan tarikh-tarikh penting PRU15 susulan pembubaran Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malawakil
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PRU15
#Menteri Luar Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan