awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PKR Sabah alu-alu kerjasama dengan Warisan

Bernama
Bernama
24/04/2022
21:00 MYT
PRU15: PKR Sabah alu-alu kerjasama dengan Warisan
Liew berkata kerjasama itu penting bagi membentuk satu pakatan politik yang kuat dalam mengatasi pihak lawan. - Foto BERNAMA
TAWAU: PKR Sabah sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang.
Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew berkata kerjasama itu penting bagi membentuk satu pakatan politik yang kuat dalam mengatasi pihak lawan sepertimana pada PRU ke-14 (PRU14), iaitu kerjasama Warisan Plus dan Pakatan Harapan Plus.
"Ada cakap-cakap Warisan akan jalan sendiri (bertanding sendirian) tetapi kita punya pandangan kita sentiasa alukan kerjasama kerana sudah sampai masa dan kita tidak boleh lawan sendiri sahaja, mesti bersama baru kita boleh bentuk kekuatan.
Lawan kita bukan alang-alang, mereka agak kuat maka kita kena bersatu bagi membolehkan kita fokus dan menang kerusi, harapnya kita boleh menang kerajaan balik...politik itu unik dan parti politik sentiasa ada pilihan," katanya kepada pemberita selepas program agihan juadah berbuka puasa di sini pada Ahad.
Ditanya sama ada akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Tawau pada PRU15, Liew menjawab "mudah-mudahan" sambil berterima kasih kepada petugas Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau kerana bekerja keras memastikan kesejahteraan penduduk kawasan berkenaan.
Beliau berkata PKR Sabah masih belum menentukan jumlah kerusi akan ditandingi pada PRU akan datang, dan akan mengadakan perbincangan dengan rakan Pakatan Harapan iaitu DAP, Amanah dan UPKO bagi menghadapi PRU15.
Pada masa ini, PKR hanya mempunyai dua kerusi Parlimen di Sabah iaitu Liew (Tawau) dan Awang Husaini Sahari (Putatan).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKR Sabah
#Warisan
#PKR
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan