KUALA NERUS: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan senarai calon yang akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 3 November depan.
Menurut Timbalan Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, ketika ini agihan kerusi sudah dimuktamadkan dan ia akan diumumkan oleh pimpinan PN Negeri dalam satu sesi pengumuman bulan hadapan.
“Saya difahamkan PN akan umumkan calon pada 3 November depan.
“Setakat ini yang saya dimaklumkan Hulu Terengganu calonnya dari Bersatu (beliau),” katanya kepada Astro AWANI di Majlis CA2010@University di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini pada Rabu.
Ikuti semua perkembangan mengenai PRU15. KLIK DI SINI!
Dalam pada itu, jelasnya Bersatu akur kepada kelutusan kepimpinan PN Pusat untuk menentukan sama ada akan menggunakan logo Pas atau logo parti calon bertanding.
Difahamkan tiga negeri dilapor akan menggunakan logo parti Pas bagi setiap calon yang bertanding pada PRU15 walaupun daripada berlainan parti.
Bersatu merupakan parti komponen dalam PN bersama beberapa parti lain termasuk Pas, Gerakan, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP).
Hafizi Rosli
Wed Oct 26 2022
Rosol berucap pada Majlis Ramah Mesra Program Food Bank Malaysia Bersama Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu di UniSZA Gong Badak hari ini. - Foto BERNAMA
Kenaikan gaji: Negeri Sembilan perlu wujudkan kaedah nilai prestasi penjawat awam - MB
Kerajaan Negeri Sembilan perlu mewujudkan kaedah penilaian prestasi kerja dan kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji atau tidak.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$113.3 bilion setakat 15 Mei, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia meningkat kepada AS$113.3 bilion setakat 15 Mei, 2024.
KPDN Kelantan tempatkan anggota di stesen minyak sempadan negara
Setakat ini, anggota KPDN telah ditempatkan di stesen terpilih di dua daerah iaitu Tumpat dan Pasir Mas sejak 1 Mei lalu.
Lelaki OKU mengaku tidak bersalah pukul isteri dengan penyapu
Seorang lelaki OKU mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan sebatang penyapu.
Pesta dalam tren di luar pengetahuan MOT – Loke
KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
Pasangan kekasih mengaku salah abaikan bayi di kedai ayam
Sepasang kekasih mengaku bersalah atas pertuduhan mengabaikan bayi lelaki mereka berusia tujuh hari, Sabtu lepas.
AGI tidak boleh dicapai jika hanya guna LLM - Meta
Dalam temu bual bersama Financial Times, LeCun berkata LLM hanya sekadar mempunyai kepintaran setanding seekor kucing.
AWANI Ringkas: Penganjur Pesta Aloha di Terengganu dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Komunikasi tidak keluarkan peraturan bagi panggilan dan teks WhatsApp
Kementerian Komunikasi tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan peraturan komunikasi baharu bagi panggilan dan teks WhatsApp.
Dia salah pintu... nak hantar memorandum cari tempat betul - Loke
"Kalau nak hantar memorandum bantahan tak sepatutnya pergi Kementerian Pengangkutan," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengenai bantahan di depan MOT di Putrajaya pagi tadi.
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Katanya, MOT hanya mengawal selia MAHB dan tidak terbabit dengan hal pegangan saham. #AWANInews
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: 'Saya bukan penjenayah, saya akan fail semakan di Mahkamah Tinggi'
Datuk Peter Anthony akan memfailkan penyemakan status kepada Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat untuk menyemak sama ada beliau layak atau tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).
PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom
Tular di media sosial satu laporan kekecohan tercetus di Tenom, Sabah dengan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilihat hadir bagi mengawal keadaan.
Calon PRU15: 'Kami tak mengundi, jika penyandang Parlimen Maran tidak dipilih' - Tok Batin
Masyarakat Orang Asli di Parlimen Maran yang mahukan penyandangnya, Datuk Seri Ismail Abd Mutalib kekal menjadi calon di kawasan itu.
PRU15: PKR, BN diramal lebih dominan di Tambun - Penganalisis
Parti gergasi seperti UMNO dan PKR akan menjadi lebih dominan meskipun kerusi itu adalah milik Bersatu.
PRU15: Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding di Perak, bawah kuota PKR - Anwar
PKR akan meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai salah seorang calon PKR pada PRU15.
PRU15: GRS akan sokong calon BN, mahu BN sokong calon GRS - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: Srikandi Sabah cadang empat calon wanita, ada pelajaran dan bijak politik
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenal pasti empat calon wanita yang akan berentap pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).