awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis P. Pinang terima 33 laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain

Bernama
Bernama
23/11/2022
11:16 MYT
PRU15: Polis P. Pinang terima 33 laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain
Mohd Shuhaily berkata daripada jumlah itu, pihaknya membuka 28 kertas siasatan namun tiada sebarang tangkapan setakat ini. - Fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Polis menerima 33 laporan di negeri ini berhubung nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata daripada jumlah itu, pihaknya membuka 28 kertas siasatan namun tiada sebarang tangkapan setakat ini.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu menyamar sebagai pengundi sebenar, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dari dua tahun dan denda tidak lebih daripada RM5,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata kes itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 76 laporan diterima polis di negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan PRU15 antara 5 hingga 19 Nov lepas.
Katanya daripada jumlah itu, pihaknya membuka 43 kertas siasatan dan menyelesaikan empat kes selepas empat individu dituduh di mahkamah.
Mohd Shuhaily berkata pihaknya juga menerima satu laporan berkaitan sebuah video yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pemimpin parti politik yang didakwa menyentuh sensitiviti agama.
Beliau berkata selain Pulau Pinang, lapan laporan turut diterima negeri lain iaitu tiga di Kuala Lumpur, dua di Perak manakala masing-masing satu laporan di Pahang, Kelantan serta Sabah.
"Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#pengundi
#kad pengenalan
#kesalahan pilihan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan