awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Ribut petir, hujan lebat diramal di lapan negeri hingga 5 petang ini

Bernama
Bernama
19/11/2022
08:04 MYT
PRU15: Ribut petir, hujan lebat diramal di lapan negeri hingga 5 petang ini
MetMalaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung dalam tempoh 20 hingga 24 Nov berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri di Semenanjung. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan di Kedah yang terlibat ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.
Di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai dan Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan.
Di Sarawak membabitkan Bahagian Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) sementara di Sabah melibatkan Sandakan (Beluran) dan Kudat.
Sementara itu, MetMalaysia dalam kenyataan berasingan memaklumkan penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung dalam tempoh 20 hingga 24 Nov berpotensi menyebabkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri di Semenanjung.
BACA SEMUA BERHUBUNG KEJADIAN BANJIR DI SINI
Ramalan itu berdasarkan analisis model-model cuaca.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan proses pengundian akan tamat pada 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#PRU15
#Malaysia Memilih
#pusat mengundi PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan