Persatuan Sastera Lisan Malaysia (PSLM) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2021 melalui sesi dalam talian. Sejak penubuhannya pada tahun 2010, dan pendaftaran rasmi pada tahun 2017, PLSM telah berjaya menyatukan mereka yang mempunyai minat yang mendalam melestarikan legenda, puisi dan bentuk cerita rakyat Malaysia melalui pelbagai seminar dan kolaborasi dengan Persatuan Serantau Folklor di Indonesia, Vietnam dan lain-lain negara Asia Tenggara.

Sejak awal lagi, Sasterawan Negara, Prof Emeritus Muhammad Salleh menerajui PSLM. Pada AGM tahun ini, beliau membuka sesi, dengan berkata: “Konsep masyarakat yang ideal, setara, penyayang dan lestari terletak pada cerita rakyatnya dan di sini disematkan pemikiran, jiwa dan kebijaksanaan rakyat.

"Oleh itu, sangat penting untuk kita memeliharanya. Peribahasa pula adalah mutiara pemikiran setiap suku dan di Malaysia dikatakan ada lebih 100 suku/bahasa yang wajib  dipelihara. Setiap suku ini mempunyai sekurang-kurangnya sejumlah cerita dan puisi/peribahasa. PSLM akan mengumpul sebanyak mungkin cerita-cerita ini untuk dibukukan sebagai satu antologi yang lengkap pada tahun hadapan.”

Selama beberapa tahun, Prof Emeritus Muhammad bergabung dengan Prof Teti Pudentia dari Asosiasi Tradisi Lisan Indonesia (dan Kementerian Kebudayaan kedua-dua negara) untuk memastikan bahawa Pantun diberi pengiktirafan sewajarnya oleh UNESCO.

Oleh itu, pantun berjaya dimasukkan dalam senarai Wakil Pertubuhan Pendidikan, Ilmiah dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori Warisan Budaya Tidak Berwujud Kemanusiaan, melalui pencalonan multinasional dari Malaysia dan Indonesia pada tahun 2020.

Untuk tahun 2022, PSLM akan menerbitkan Antologi Sastera Lisan Malaysia serta menganjurkan Persidangan Antarabangsa Folklor. Aktiviti bulanan merangkumi Wacana Ilmu, Bercerita di Perpustakaan dan Forum Wilayah. Buletin setiap suku tahun akan dikongsi dengan semua ahli. AGM 2021 menyaksikan Jawatankuasa Umum 2021/2022 yang baru dipilih seperti berikut:

1. Presiden  : Prof Emeritus Muhammad Hj Salleh
2. Timbalan Presiden : Puan Ninot Aziz
3. Setiausaha  : Puan Saripah Banseng
4. Timb. Setiausaha : Dr Nur Faaizah Md Adam
5. Bendahari  : Dr Minah Sintian
6. Timb. Bendahari : Dr Rohayati Junaidi
7. Zon Utara : Puan Jamilah Hani Isa
8. Wakil Zon  : Dr Nasirin Abdillah (Zon Pantai Timur)
DayangKuMastura (Zon Sabah & Sarawak)
Dr Ani Omar (Zon Tengah)
9. Keahlian antarabangsa : Dr Makmur Ibnu Harun (Indonesia)

PSLM menerima ahli baru yang terdiri daripada rakyat Malaysia, berumur 21 tahun ke atas. Mereka yang ingin menjadi ahli Persatuan Sastera Lisan Malaysia, boleh menghubungi Dr Minah Sintian di talian 012 548 6705.