awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PSM Perlis saran PBT wajibkan penggunaan jawi pada papan tanda

Bernama
Bernama
13/12/2015
05:00 MYT
PSM Perlis saran PBT wajibkan penggunaan jawi pada papan tanda
Menurut Yazid, penggunaan tulisan jawi disaran digunakan pada papan tanda nama jalan, nama bangunan, nama tempat atau papan maklumat tertentu yang boleh dibaca oleh orang awam. - Gambar hiasan
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perlis menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini untuk mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda selain tulisan rumi.
Pengerusinya Datuk Yazid Mat berkata ini penting sebagai usaha untuk memartabatkan semula tulisan jawi yang kian dilupai sekali gus dapat diperkasakan oleh generasi akan datang.
"Hanya dengan pendekatan sebegini, ia akan membantu menghidupkan tulisan tersebut apabila masyarakat dapat membacanya di merata-rata tempat," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PSM di Chuping, dekat sini hari ini.
Menurut Yazid, penggunaan tulisan jawi disaran digunakan pada papan tanda nama jalan, nama bangunan, nama tempat atau papan maklumat tertentu yang boleh dibaca oleh orang awam.
Katanya, PSM juga mahu agar kerajaan lebih tegas dalam mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sejajar dengan 58 tahun usia kemerdekaan negara.
Justeru, katanya semua pihak khususnya para pemimpin harus menjadi contoh kepada rakyat dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa terlalu mengagung-agungkan bahasa Inggeris dalam kehidupan harian, termasuk majlis rasmi.
"Kalau ada dalam kalangan tokoh-tokoh bukan Melayu begitu mengambil berat tentang kedaulatan bahasa Melayu, adalah tidak wajar sekiranya terdapat orang Melayu sendiri membelakangi kepentingan tersebut," tegasnya.
Mengenai aktiviti PSM cawangan Perlis sepanjang tahun depan, Yazid berkata pelbagai aktiviti dirancang untuk dilaksanakan, termasuk program lawatan ke tempat sejarah di dalam dan luar negara, sembang-sembang sejarah dan pertandingan lagu patriotik sempena sambutan kemerdekaan negara.
Topic Berkaitan
#JAWI
#papan tanda
#pbt
#Perlis
#Yazid Mat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan