MALAYSIA
PTKL2040: DBKL sasar sedia lebih 700,000 unit rumah menjelang 2040
Menurut Maimunah, dalam tempoh 15 tahun akan datang, pembangunan perumahan baharu akan dirancang berdasarkan peningkatan jumlah penduduk dan isi rumah di ibu negara. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyasarkan penyediaan hingga 762,500 unit rumah menjelang 2040, selaras dengan hala tuju Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) yang menumpukan kepada kesejahteraan penduduk bandar.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, stok perumahan semasa setakat 2020 adalah sebanyak 500,803 unit, merangkumi kediaman harga bebas dan perumahan mampu milik.
"Dalam tempoh 15 tahun akan datang, pembangunan perumahan baharu akan dirancang berdasarkan peningkatan jumlah penduduk dan isi rumah di ibu negara.
"Perancangan perumahan akan memberi penekanan kepada keperluan pelbagai golongan termasuk belia, keluarga B40 dan M40, warga emas serta komuniti rentan lain," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, pelan itu juga memperkenalkan penyediaan unit mikro dan transit untuk belia baharu bekerja, perumahan bersaiz kecil bagi pasangan tanpa anak (DINK) dan golongan profesional muda serta perumahan mesra usia bagi warga emas.
Maimunah berkata, DBKL turut memperuntukkan beberapa zon guna tanah khusus bagi kediaman, termasuk Zon Kediaman 4 (R4) yang dikhaskan untuk perumahan mampu milik dan perumahan awam.
Beliau berkata, PTKL2040 menekankan prinsip pembangunan inklusif dengan mengekalkan keseimbangan antara keperluan tempat tinggal, akses kepada pengangkutan awam dan kelestarian persekitaran.
Sasaran perumahan itu, katanya, turut mengambil kira potensi pembangunan semula kawasan sedia ada serta penyediaan tanah kerajaan di lokasi strategik bandar raya.
"Penetapan harga rumah mampu milik tertakluk kepada Dasar Rumah Mampu Milik Negara, dengan harga maksimum ditetapkan pada RM300,000 seunit, selaras dengan inisiatif seperti Residensi Wilayah.
"Bagi skim Residensi MADANI, harga jualan maksimum ditetapkan pada RM200,000 dengan keluasan standard 800 kaki persegi, manakala unit lain akan dibangunkan berdasarkan pelbagai segmen keperluan masyarakat bandar," katanya.
Maimunah berkata, PTKL 2040 menyasarkan sekurang-kurangnya 40 peratus daripada keseluruhan unit perumahan baharu menjelang 2040 adalah rumah mampu milik.
Pelan jangka panjang itu turut memperincikan definisi rumah mampu milik kepada dua kategori iaitu unit penyewaan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR); Perumahan Awam dan Perumahan Sewa Subsidi (PASS); serta unit pemilikan yang merangkumi projek seperti Residensi Wilayah, Residensi MADANI, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), PR1MA dan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).
"Langkah ini bertujuan memastikan akses perumahan yang adil dan mampan kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
-- BERNAMA