MALAYSIA
PTKL2040 tidak kikis warisan, sebaliknya promosi kampung tradisi – Datuk Bandar KL
Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040)ti dak akan mengikis warisan, sebaliknya, memberi penekanan kepada mempromosi tapak-tapak warisan tersebut. - Gambar DBKL
KUALA LUMPUR: Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) merangka masa depan ibu kota negara dengan menyeimbangkan aspek manusiawi dan pembangunan ekonomi dengan elemen warisan kota.
Ringkasan AI
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, pelan ini tidak akan mengikis warisan sebaliknya memberi penekanan kepada mempromosi tapak-tapak warisan tersebut.
“Warisan juga disertakan dalam pelan ini; jejak warisan, kawasan warisan, kampung tradisi, bangunan warisan dan sebagainya, ada dinyatakan dalam pelan ini.
"Contohnya, warisan Kuala Lumpur (KL) yang telah diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga ada dalam pelan ini.
“Bagi kampung-kampung tradisi pula, dinyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh kita buat terhadap tanah berkenaan. Saya lihat elemen manusiawi dan perkembangan ekonomi diseimbangkan dengan aspek warisan. Kita tidak mengikis warisan di KL, bahkan kita promosikan warisan-warisan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
PTKL2040 tidak kikis warisan, sebaliknya promosi kampung tradisi – Datuk Bandar KL
PTKL2040 merupakan dokumen perancangan fizikal yang akan menjadi panduan utama pembangunan ibu kota bagi tempoh 15 tahun akan datang. Ia telah diwartakan pada 28 Mei 2025 dan berkuat kuasa mulai 11 Jun 2025.
PTKL2040 dibahagikan kepada dua jilid utama.
Jilid pertama memberi fokus kepada aspek kawalan perancangan termasuk klasifikasi zon guna tanah, kawalan nisbah plot, kawalan ketinggian bangunan, insentif pembangunan, pelan susun atur serta penyediaan lapisan-lapisan kawalan seperti kawasan warisan, kawasan lapang dan kawasan sensitif alam sekitar.
Jilid kedua pula memuatkan strategi pembangunan bandar secara menyeluruh, menggariskan enam matlamat utama, 39 strategi perancangan, 88 cadangan pelaksanaan serta 191 inisiatif tindakan.
Bagi memelihara identiti dan warisan visual bandar, PTKL2040 memperkenalkan Lapisan Kawalan Perancangan yang melindungi pandangan ke arah tiga mercu tanda utama Kuala Lumpur iaitu Menara KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Menara Merdeka 118 serta menggalakkan konsep pemeliharaan adaptif terhadap bangunan warisan.
“Kita juga nyatakan mengenai koridor hijau yang disebut sebagai penghubung hijau antara taman-taman; taman tugu, taman botani, river of life dan sebagainya.
"Apabila taman-taman ini ditunjukkan dalam pelan tempatan dan diwartakan, maka kawasan ini akan kekal hijau sekurang-kurangnya sehingga tahun 2040,” ujar beliau lagi.
Agenda AWANI: PTKL2040 | Pelan perancangan dan pembangunan baharu ibu negara
Ringkasan AI
- PTKL2040 dirangka untuk membentuk masa depan Kuala Lumpur dengan menitikberatkan keseimbangan antara pembangunan fizikal, ekonomi dan keperluan masyarakat bandar. Warisan kota dipelihara dan dipromosikan secara aktif PTKL2040 menekankan pemeliharaan warisan seperti kampung tradisi, bangunan bersejarah dan mercu tanda visual melalui lapisan kawalan perancangan serta konsep pemeliharaan adaptif. Dokumen perancangan menyeluruh dengan strategi dan inisiatif jelas Dibahagikan kepada dua jilid, pelan ini mengandungi kawalan perancangan fizikal dan strategi pembangunan bandar, termasuk 6 matlamat utama, 39 strategi, 88 cadangan pelaksanaan dan 191 inisiatif tindakan.