awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN 'Boleh Bincang' untuk peminjam tangguh bayaran balik

Hilal Azmi
Hilal Azmi
13/06/2017
15:58 MYT
PTPTN 'Boleh Bincang' untuk peminjam tangguh bayaran balik
SHAMSUL: Peminjam boleh datang ke kaunter PTPTN untuk berbincang hal bayaran balik mereka - Foto Astro AWANI / HILAL AZMI
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia berbincang dengan peminjam bagi tujuan penangguhan bayaran balik pinjaman.
Pengerusinya Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, menerusi program 'Boleh Bincang', pihak PTPTN sedia untuk memberi penangguhan kepada peminjam yang layak.
"Jika ada mana-mana peminjam yang sukar untuk memulakan bayaran balik pinjaman mereka atas sebab seperti kerja di bawah paras kelayakan, serta pelajar yang baru bergraduan masih belum mendapat kerja, maka boleh datang ke kaunter kita untuk memohon.
"PTPTN sedia memberi penangguhan sehingga 24 bulan kepada mereka yang layak, bergantung kepada umur serta jumlah pinjaman.
"Ini menunjukkan kita fleksibel, mesra pelanggan dan yang paling penting, usaha ini untuk memberi kebaikan kepada PTPTN bagi menjamin survival dan masa depan pendidikan tinggi negara," katanya ketika ditemui selepas Majlis Iftar PTPTN Bersama Media pada Selasa.
Shamsul Anuar berkata, setakat ini, program Boleh Bincang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan ia sekaligus meningkatkan kesedaran peminjam untuk terus bertanggungjawab dengan pinjaman pendidikan mereka.
Pada masa sama, jelasnya, PTPTN turut menggalakkan ibu bapa untuk mula menyimpan bagi tujuan pembiayaan pendidikan anak-anak dengan sasaran deposit RM550 juta tahun ini.
Tahun ini, PTPTN mensasarkan kutipan balik bernilai RM4 billion.
Topic Berkaitan
#PTPTN
#PTPTN Boleh Bincang
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan