Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengeluarkan waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) sebanyak RM31 juta kepada 20,716 pelajar bagi kemasukan pengajian peringkat ijazah ke universiti awam sesi September 2019.
Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata pemberian WPP ini adalah permulaan kepada usaha PTPTN untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang tidak boleh melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.
"WPP RM1,500 diberikan bagi setiap seorang pelajar warganegara Malaysia yang telah membuat persetujuan menerima WPP melalui saluran yang ditetapkan oleh PTPTN semasa memohon UPU Online atau pun melalui portal kemasukan IPT.
"Ibu bapa pelajar mestilah penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan WPP di sini pada Isnin.
Bagi negeri Perlis, seramai 231 pelajar akan ditawarkan WPP bagi sesi ini dengan peruntukan sebanyak RM346,500.
Wan Saiful berkata surat tawaran WPP yang diberikan mempunyai tempoh sah laku selama dua bulan dan tempoh sah laku tawaran WPP pada kali ini adalah pada 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.
Pelajar boleh menunaikan WPP ini di mana-mana kaunter Bank Islam mulai 27 Ogos 2019 dengan membawa surat tawaran dan juga MyKad pelajar itu sendiri dan wakil adalah tidak dibenarkan.
Wan Saiful turut mengingatkan para pelajar berkenaan untuk membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online melalui Portal PTPTN mulai 1 Ogos 2019 hingga 31 Ogos 2019 bagi memastikan pinjaman dapat diproses dan diluluskan sebagaimana sepatutnya.
"Pelajar hendaklah merujuk kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT masing-masing atau terus kepada PTPTN sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kekeliruan," katanya.
Pada majlis itu juga, beliau turut menyampaikan zakat PTPTN bernilai RM5,000 kepada seorang pelajar asnaf Perlis, Nurul Ain Mohamad Firdaus, 18.
Beliau berkata zakat PTPTN mula ditubuhkan pada 2016 untuk memastikan PTPTN patuh syariah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 19 2019
WAN SAIFUL: Ibu bapa pelajar mestilah penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh PTPTN. -Gambar fail/BERNAMA
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
AWANI Ringkas: Sultan Nazrin dilantik Pengerusi MKI untuk 2 tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: Sejauh mana reformasi dasar diperlukan untuk tangani cabaran TVET?
Graduan dalam aliran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kini, mempunyai potensi besar menjadi tenaga mahir negara dalam pelbagai bidang. Apakah langkah yang boleh diambil untuk memastikan kurikulum bidang TVET dapat memenuhi keperluan industri semasa serta dapat mempersiapkan graduan bagi menghadapi pelbagai cabaran dalam pasaran pekerjaan?
PTPTN keluar waran Wang Pendahuluan Pembiayaan RM31 juta
Pemberian WPP ini adalah permulaan kepada usaha PTPTN untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang tidak boleh melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.