awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN kurangkan kadar pinjaman

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/08/2016
12:26 MYT
PTPTN kurangkan kadar pinjaman
Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terpaksa mengurangkan kadar pinjaman kepada penuntut baharu.
Menurut pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, pengurangan itu berpunca daripada trend bayaran balik yang masih rendah di kalangan peminjam sedia ada.
Sehingga Disember 2015, PTPTN hanya berjaya mengutip RM8 bilion berbanding sasaran RM15 bilion daripada RM26 bilion pinjaman yang diluluskan.
PTPTN hanya meluluskan 95 peratus daripada kos pengajian kepada penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan 85 peratus kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPTS).
Menurut beliau, sekiranya ia tidak dilakukan, PTPTN akan berdepan dengan masalah kekurangan dana untuk memberi pinjaman kepada bakal mahasiswa dan juga berdepan dengan masalah pembayaran balik pinjaman kepada institusi kewangan.
“Sebab itu kita harap rakyat sokong kita untuk kita ambil beberapa langkah penguatkuasaan bagi membolehkan kita dapat berada pada kedudukan kewangan yang sepatutnya kita capai.
“Dan bila kita capai pada tahap yang sepatutnya, baru boleh kita pertimbangkan untuk kembali kepada kedudukan asal,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput, Perak pada Ahad.
Shamsul Anuar memberitahu, pelbagai langkah telah dilakukan untuk mendapatkan semula bayaran balik pinjaman, termasuk menyenaraikan peminjam di dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mulai Jun tahun lalu.
Penyenaraian itu bukan untuk menganiaya mana-mana pihak katanya, tetapi bertujuan menggalakkan peminjam agar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab membayar balik pinjaman.
Topic Berkaitan
#Bayaran Balik
#CCRIS
#ipta
#ipts
#PTPTN
#Shamsul Anuar Nasarah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan