KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN yang akan memanfaatkan lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad berkata usaha itu selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 bagi memperkasakan organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan agar penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan berada di tahap terbaik.
Noraini juga optimis bahawa dengan adanya aplikasi yang mengintegrasikan semua kemudahan dalam satu sistem, akses pelanggan kepada PTPTN akan menjadi lebih mudah.
"Malah, aplikasi ini akan membuka ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan PTPTN pada bila-bila (masa) dan di mana-mana sahaja tanpa sempadan dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
"Pelancaran aplikasi ini merupakan manifestasi PTPTN dalam menjayakan agenda pendigitalan negara. Lebih bermakna, momen pada hari ini juga merupakan kemuncak dalam kita meraikan Sambutan Jubli Perak PTPTN pada tahun ini," katanya berucap pada majlis pelancaran aplikasi itu di sebuah hotel di Damansara dekat sini hari ini.
Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Noraini berkata kemudahan yang disediakan dalam aplikasi itu antara lain merangkumi semakan penyata pinjaman, bayaran balik pinjaman, pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN, permohonan potongan gaji serta debit terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.
Sementara itu, Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata aplikasi itu merupakan inisiatif utama PTPTN sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN dalam memastikan institusi kewangan itu berada di tahap setanding dengan institusi kewangan lain di pasaran dalam penyediaan kemudahan digital terkini.
Beliau berkata perbincangan dan rujukan dengan pelbagai pihak dilakukan antaranya Kementerian Pengajian Tinggi serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi memperoleh kepakaran dan ilmu berkaitan teknologi serta ciri-ciri keselamatan pengguna yang sentiasa diutamakan.
"Saya juga optimis aplikasi PTPTN ini akan menjadi platform terbaik yang akan mendekatkan generasi muda dengan PTPTN. Ini kerana golongan belia yang cenderung dalam penguasaan teknologi dan sentiasa peka dengan kemudahan digital yang akan memberi manfaat kepada mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Noraini berkata usaha itu selari dengan Teras ke-5 Pelan Strategik PTPTN 2021-2025 bagi memperkasakan organisasi ke arah yang lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan. - Gambar/ Bernama

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

RM1.9 bilion bayaran balik pinjaman diterima berakhir 30 Apr lalu - PTPTN
Jumlah itu merupakan bayaran oleh peminjam yang menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman berjumlah RM206.89 juta.

Kerajaan diminta percepat kelulusan pelaburan PTPTN - Wan Saiful
Sekiranya kelulusan lambat diberikan, PTPTN mungkin terpaksa menerima tawaran pulangan lebih rendah.

Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN tawar hadiah hampir RM1 juta
Pendeposit hanya perlu membuat simpanan bersih serendah RM50 dalam tempoh promosi untuk melayakkan mendapat cabutan.

Aplikasi myPTPTN: Tawar kemudahan dalam satu sistem kepada pelanggan
Ia bakal memanfaatkan lebih 3.63 juta peminjam dan 5.28 juta pendeposit Simpan SSPN dengan pelbagai kelebihan ditawarkan.

PTPTN lancar aplikasi mudah alih myPTPTN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini melancarkan aplikasi mudah alih myPTPTN .

Hampir 80,000 dapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN
PTPTN menyediakan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada para peminjam bagi kategori keluarga B40 dan M40, yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

PTPTN umum dividen tiga peratus Simpan SSPN
Ia melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM206.25 juta yang memberi manfaat kepada lebih 5.24 juta pendeposit Simpan SSPN.

Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman
Kempen itu adalah kerjasama kedua dengan Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) sejak 2021.

PTPTN catat jumlah deposit SSPN RM3.01 bilion bagi 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.

Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun
Insentif pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN disambut baik apabila ramai mengambil pendekatan itu untuk melangsaikan baki tertunggak.