Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang gaji mereka mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Beliau berkata, potongan itu akan meningkat secara berkala sehingga 15 peratus, mengikut kenaikan gaji peminjam tersebut.
“Bagi tujuan kurangkan beban anak muda dalam membuat pembayaran balik, Kabinet pada 23 Nov telah memutuskan supaya potongan gaji ke atas peminjam PTPTN sebanyak 2 peratus atau RM40 sebaik saja gaji peminjam mencecah RM2,000, dan potongan ini meningkat secara secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan mereka.
“Mengenai janji bayaran balik sehingga RM4,000 (seperti kerajaan akan pertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan mengizinkan,” katanya sewaktu menjawab soalan dari Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) sewaktu persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Selain itu, Wong ingin mengetahui sekiranya kerajaan bercadang untuk memanjangkan pengecualian bayaran balik PTPTN kepada golongan M40 sekiranya mereka mendapat keputusan cemerlang.
Menjawab soalan itu, Teo berkata, kerajaan dalam mesyuarat cabinet yang sama turut meluluskan agar pengecualian itu diberikan kepada M40 sekiranya mereka mendapat kelas pertama selepas menamatkan pengajian mereka.
“Ini memang sudah jadi keputusan dalam mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk golongan yang dapat kelas pertama dari T20, kita tahu mereka memang datang dari keluarga yang berkemampuan, harap mereka terus bayar.
“Dan nak tekan di sini, pengecualian di sini bukan saja kepada pelajar universiti awam seperti yang dicadangkan YB Ipoh Timur, tetapi juga kepada IPTS. Mereka juga akan dapat pengecualian ini,” katanya lagi.
Mengenai janji manifesto Pakatan Harapan iaitu hanya mereka yang bergaji RM4,000 ke atas diwajibkan membayar balik, Teo berkata, perkara itu akan dipertimbangkan selepas kewangan negara menjadi stabil.
Firdaus Azil
Tue Nov 27 2018

Peminjam PTPTN yang gaji mereka mencecah RM2,000 akan dikenakan potongan pembayaran semula wajib sebanyak dua peratus atau RM40.

AWANI Ringkas: COVID-19: 2,063 kes baharu | Bukan lemas tetapi kebocoran organ perut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00PM).

AWANI Ringkas: Keuntungan Khazanah susut | Anwar jumpa Speaker minta Dewan Rakyat bersidang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00PM).

"Doakan kita boleh balik kampung raya tahun ini" - Ismail Sabri
"Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini," demikian luah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

AWANI Ringkas: PH rayu Agong titah Sidang Parlimen diadakan | Bersatu pandang serius surat Presiden UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (11:00PM).

Arahan bekerja dari rumah masih kekal - Ismail Sabri
Arahan bekerja dari rumah masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Iklan jualan vaksin COVID-19 dalam talian palsu - Dr Noor Hisham
Iklan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian adalah palsu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan [TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893740/8967789641614873142506_640x360.jpg)
[TERKINI] PH rayu Agong titah sidang Parlimen diadakan

Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri
Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu fitnah: Bicara kes saman Vivy Yusof pada 11 Ogos
Pada 15 Jun tahun lepas, Vivy, 34, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co dengan menamakan Alia, 29, selaku defendan tunggal.

Perlu berzakat untuk bantu golongan terjejas COVID-19 - PPZ MAIWP
Individu yang telah cukup syarat berzakat perlu segera melaksanakan bayaran bagi membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19.

AgroBank lulus 9,000 permohonan penstrukturan, penjadualan semula pembiayaan
Agrobank akan menerima permohonan Penstrukturan dan Penjadualan Semula (R&R) sehingga Jun 2021.

Trizure International peruntuk RM200,000 untuk misi bantuan banjir di seluruh negara
Sumbangan terbabit adalah program CSR syarikat itu bagi membantu sukarelawan NGO menggerakkan misi bantuan banjir mereka di seluruh negara.

Dewan Rakyat: Pinjaman sehingga RM50,000, galak golongan muda sertai industri francais - Nanta
Kerajaan menyediakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 bagi membantu kemasukan golongan muda dalam industri francais di Malaysia.

Belanjawan 2021 terima respons pelbagai daripada golongan M40
Memahami kekangan kewangan semasa kerajaan, rata-rata golongan M40 tidak mengharapkan bantuan tunai, sebaliknya pemberian insentif dalam bentuk lain.

Belanjawan 2021: Ada juga bahagian untuk kami - Golongan M40
Menurut Hamyddin, pelbagai inisiatif diberikan kepada golongan itu termasuk program moratorium, subsidi upah dan potongan cukai.

Belanjawan 2021: Golongan M40 tidak dipinggir - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, pelbagai inisiatif disediakan kepada kumpulan M40 meliputi dua kategori iaitu kumpulan hilang dan masih ada pekerjaan.

Belanjawan 2021: Semakin terjerumus ke dalam perangkap hutang riba
Kita perlu sedar bahawa di bawah sistem yang wujud sekarang ialah mata wang baru sentiasa dicipta oleh sektor perbankan setiap kali hutang diberikan kepada pelanggan.

Kerajaan digesa pertimbang luaskan bantuan moratorium, pengeluaran KWSP
Kerajaan digesa pertimbangkan untuk melusakan bantuan lanjutan moratorium dan menghalusi pengeluaran KWSP dengan menambahkan lagi kategori golongan yang boleh mendapat faedah itu.