awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTPTN tawar inisiatif WPP, beri RM1,500 buat persiapan masuk IPTA

Kenyataan Media
Kenyataan Media
23/09/2023
07:22 MYT
PTPTN tawar inisiatif WPP, beri RM1,500 buat persiapan masuk IPTA
PTPN mewujudkan inisiatif Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada setiap pelajar yang layak untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited memastikan tiada pelajar yang tercicir ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kerana masalah kewangan.
Oleh itu, sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPN mewujudkan inisiatif Pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 kepada setiap pelajar yang layak untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki IPTA.
Dalam satu kenyataan, PTPTN memberitahu bagi kemasukan pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda ke IPTA sesi Oktober 2023 ini, seramai 30,893 pelajar telah ditawarkan WPP yang melibatkan peruntukan sebanyak RM46.34 juta.
WPP berkenaan diberikan kepada pelajar warganegara Malaysia yang telah memberikan persetujuan menerima WPP semasa memohon melalui UPUOnline atau melalui portal kemasukan IPTA.
Selain itu, ibu bapa atau penjaga pelajar merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.
Tambah kenyataan itu, pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP melalui portal rasmi PTPTN dan boleh menunaikan WPP tersebut di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di seluruh negara mulai 19 September 2023 dengan membawa surat tawaran WPP dan juga MyKad pelajar di mana wakil adalah tidak dibenarkan.
Tempoh sah laku WPP adalah selama dua bulan bermula 19 September 2023 hingga 18 November 2023.
Sementara itu, Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, inisiatif pemberian WPP itu adalah sebagai salah satu usaha dalam menjayakan agenda pendidikan negara bagi memastikan semua pelajar di negara ini mampu melangkah masuk ke IPT tanpa sebarang masalah kewangan.
Ujarnya, pemberian WPP ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar dan ibu bapa kerana pihak PTPTN percaya tidak semua mampu menghantar anak-anak ke IPT di mana semuanya memerlukan sumber kewangan yang tinggi.
Pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang boleh dibuka melalui aplikasi myPTPTN.
Maklumat lanjut berkenaan WPP PTPTN dan pinjaman PTPTN juga boleh diperoleh melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan Tinggi
#PTPTN
#pelajar
#ipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan