MALAYSIA
PTTI catat 2 rekod MBOR, pusat tuisyen dengan jumlah pelajar 'Straight A’s' paling ramai
Barisan guru, tetamu kehormat, dan Ikon PTTI ketika menerima anugerah Malaysia Book of Records sebagai “Most Straight A’s SPM Students in a Tuition” dan “Most Straight A’s Obtained By A Tuition”. -Foto PTTI Group
PUTRAJAYA: PTTI Group Sdn Bhd sekali lagi membuktikan komitmennya dalam pendidikan apabila diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “Most Straight A’s SPM Students in a Tuition” dan “Most Straight A’s Obtained by a Tuition”.
Ringkasan AI
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, anugerah itu adalah susulan kejayaan pusat tuisyen berkenaan melahirkan 401 pelajar dengan Gred A dalam semua mata pelajaran bagi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus merekodkan 18,432 Gred A terkumpul bagi SPM 2024.
“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar.
“PTTI menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar Straight A’s dalam SPM 2025 dan akan terus memperkasa sokongan kepada pelajar melalui kelas online, konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara konsisten,” kata Siti Farhana.
Kejayaan meraih dua pengiktirafan itu diraikan dalam Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu termasuk ibu bapa, pelajar, serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air pada Ahad.
Pada majlis sama, PTTI turut meraikan 356 pelajar yang hampir memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran dan 1,685 pelajar yang memperoleh 6A ke atas.
Sebagai penghargaan terhadap usaha para pelajar, PTTI & Yayasan Nurjiwa memberikan insentif tunai sebanyak RM500 kepada setiap pelajar cemerlang dengan Gred A dalam semua mata pelajaran menjadikan jumlah keseluruhan insentif mencecah RM200,500.
Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Datuk Dr Azizan Osman, Asyraf Khalid, diikuti barisan ikon PTTI MK K-Clique, Iman Troye, bersama artis jemputan Alyssa Dezek dan Zaki Yamani yang sempat mengadakan persembahan bagi menghiburkan tetamu.
PTTI turut mengumumkan tawaran konsultasi percuma bagi membantu prestasi akademik bagi pelajar dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun terutama yang bakal menduduki SPM tahun ini.
Layari laman web rasmi PTTI, www.ptti.my untuk maklumat lanjut.
Ringkasan AI
- PTTI Group Sdn Bhd menerima dua pengiktirafan Malaysia Book of Records selepas melahirkan 401 pelajar Straight As dalam SPM 2024, dengan jumlah keseluruhan 18,432 Gred A terkumpul.
- PTTI menyasarkan 1,000 pelajar Straight As untuk SPM 2025 dan terus memperkukuh sokongan akademik melalui kelas dalam talian, konsultasi percuma, dan pemantauan prestasi pelajar.
- Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 turut meraikan pelajar cemerlang dengan insentif tunai RM500 setiap seorang, disertai kehadiran tokoh terkenal dan selebriti tanah air sebagai tanda sokongan terhadap kecemerlangan pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman berkata, anugerah itu adalah susulan kejayaan pusat tuisyen berkenaan melahirkan 401 pelajar dengan Gred A dalam semua mata pelajaran bagi peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus merekodkan 18,432 Gred A terkumpul bagi SPM 2024.
“Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar.
“PTTI menyasarkan untuk melahirkan 1,000 pelajar Straight A’s dalam SPM 2025 dan akan terus memperkasa sokongan kepada pelajar melalui kelas online, konsultasi akademik serta pemantauan prestasi secara konsisten,” kata Siti Farhana.
Kejayaan meraih dua pengiktirafan itu diraikan dalam Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan kehadiran lebih 2,000 tetamu termasuk ibu bapa, pelajar, serta selebriti dan tokoh terkenal tanah air pada Ahad.

Pada majlis sama, PTTI turut meraikan 356 pelajar yang hampir memperoleh Gred A dalam semua mata pelajaran dan 1,685 pelajar yang memperoleh 6A ke atas.
Sebagai penghargaan terhadap usaha para pelajar, PTTI & Yayasan Nurjiwa memberikan insentif tunai sebanyak RM500 kepada setiap pelajar cemerlang dengan Gred A dalam semua mata pelajaran menjadikan jumlah keseluruhan insentif mencecah RM200,500.
Antara yang hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), Datuk Dr Azizan Osman, Asyraf Khalid, diikuti barisan ikon PTTI MK K-Clique, Iman Troye, bersama artis jemputan Alyssa Dezek dan Zaki Yamani yang sempat mengadakan persembahan bagi menghiburkan tetamu.
PTTI turut mengumumkan tawaran konsultasi percuma bagi membantu prestasi akademik bagi pelajar dalam lingkungan usia 13 hingga 17 tahun terutama yang bakal menduduki SPM tahun ini.
Layari laman web rasmi PTTI, www.ptti.my untuk maklumat lanjut.

#Anugerah Cemerlang
#SPM 2024
#Malaysia Book of Records
#pelajar Straight A
#Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025