NATIONAL
PTTI rai pelajar cemerlang SPM, umum insentif RM500 bagi pelajar 'Straight A'
Sesi bergambar barisan guru PTTI, Cikgu Fana bersama Nabila Razali dan para pelajar ketika majlis penghargaan keputusan cemerlang SPM 2024 di Bangi Golf Resort, Khamis. -Gambar PTTI Group Sdn Bhd
KUALA LUMPUR: PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan majlis penghargaan bagi pelajar-pelajar PTTI yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2024 di Bangi Golf Resort, pada Khamis.
Ringkasan AI
- PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan majlis penghargaan bagi pelajar cemerlang SPM 2024 di Bangi Golf Resort, dengan insentif khas RM500 untuk pelajar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.
- Sepanjang tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar mendapat manfaat daripada program PTTI termasuk kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, dan program motivasi.
- PTTI melancarkan program -Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI- secara dalam talian selama 5 hari untuk calon SPM 2025, bermula dari 24 hingga 28 April 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Siti Farhana Abu Osman, atau lebih mesra disapa Cikgu Fana, mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, dengan gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM 2024.
“Ramai parents nak bantu anak faham subjek SPM tapi tak tahu cara yang betul.
"Kami di PTTI dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya kami ada platform yang tepat untuk bantu calon SPM, lebih-lebih lagi bila peperiksaan diawalkan tahun ini,” kata Siti Farhana.
Menurutnya, seramai 13,469 pelajar PTTI mencatatkan peningkatan prestasi membanggakan untuk 2024, dan pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar mendapat keputusan cemerlang dengan gred A dalam semua mata pelajaran.
“Harapan kami di PTTI adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya tukar gred Gagal ke Straight A pada tahun ini,” ujarnya.

Sepanjang tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar di seluruh negara mendapat manfaat daripada program anjuran PTTI termasuk kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, dan program motivasi.
PTTI juga menjalankan lebih 300 siri “School Tour” ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia serta lebih 10 sesi jelajah “Road Tour SPM PTTI” di negeri-negeri terpilih.
Sementara itu, bagi calon SPM 2025, PTTI juga melancarkan program “Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI” secara dalam talian selama 5 hari, bermula dari 24 hingga 28 April 2025.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal Nabila Razali dan Bella Astillah yang tampil memberi inspirasi kepada para pelajar.
Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi PTTI di www.ptti.my atau hubungi kumpulan media PTTI.