awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’

Bernama
Bernama
20/05/2025
22:30 MYT
PTU cipta sejarah, pamer kehandalan terbangkan ‘Toruk Makto’
Kecekapan PTU mengendalikan pesawat dihiasi 'livery' Jalur Gemilang itu dan melakukan formasi mendebarkan mencuri tumpuan ribuan penonton. - Foto Bahagian Perhubungan Awam TUDM
LANGKAWI: Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi PTU pertama yang menerbangkan pesawat dalam pertunjukan udara Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi sejak dianjurkan pada 1991.
Dalam sesi yang bermula pada 1.30 tengah hari semalam, beliau membuka tirai dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM atau turut dikenali sebagai 'Toruk Makto'.
Kecekapan PTU mengendalikan pesawat dihiasi 'livery' Jalur Gemilang itu dan melakukan formasi mendebarkan mencuri tumpuan ribuan penonton.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Mohd Asghar Khan yang membawa isyarat panggil (call sign) 'Gunjiz' beraksi di udara bersama Komander Pangkalan Udara Gong Kedak, Kol Mohd Norazan Othman yang bergelar 'Sting'.
"Dalam penerbangan selama 12 minit itu, pesawat mempersembahkan pelbagai aksi manuver luar biasa yang sebahagiannya tidak mampu dilakukan oleh pesawat pejuang lain, menggamit perhatian para tetamu tempatan dan antarabangsa yang hadir pada hari pembukaan LIMA'25," menurut TUDM.
Kenyataan itu memaklumkan, penglibatan langsung Mohd Asghar Khan ini bukan sahaja mencerminkan semangat patriotisme tetapi turut memperlihatkan komitmen kepimpinan tertinggi TUDM dalam menjulang profesionalisme, keberanian dan kecemerlangan organisasi.
Beliau yang memulakan kerjaya sebagai juruterbang pesawat TUDM sejak 1985 juga mempunyai pengalaman menerbangkan pesawat pejuang A4 Skyhawk, F-5E dan MiG-29N.
"Pasukan lain yang turut terlibat pertunjukan udara sepanjang LIMA'25 adalah Russian Knight dari Tentera Udara Russia, Jupiter dari Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU), Pesawat GB 1 dari Akademi Penerbangan Layang-Layang, Extra 300L dari Aerotree Defence and Services.
"Sebuah lagi pesawat TUDM yang turut terlibat adalah pesawat F/A-18D Hornet," maklum kenyataan itu
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LIMA'25
#panglima tentera udara
#Mohd Asghar Khan Goriman Khan
#Toruk Makto
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami