[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Puisi, pendekatan kreatif eratkan semangat serantau ASEAN

Bernama 30/05/2025 | 21:15 MYT
Meurut Ruji Ubi, selain saluran diplomasi politik dan ekonomi, aktiviti kebudayaan serta seni sastera juga harus diberi penekanan dalam mendekatkan masyarakat serantau. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Pendekatan kreatif seperti program bacaan puisi wajar diperkasakan sebagai usaha mengukuhkan lagi perpaduan dan kerjasama serantau, khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Ruji Ubi berkata, selain saluran diplomasi politik dan ekonomi, aktiviti kebudayaan serta seni sastera juga harus diberi penekanan dalam mendekatkan masyarakat serantau.

"Pendekatan kreatif seperti bacaan puisi malam ini perlu diperkembangkan untuk menarik lebih banyak penyertaan negara ASEAN, khususnya mereka yang boleh menyampaikan puisi dan sajak dalam bahasa Melayu," katanya ketika ditemui Bernama, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Malam Baca Puisi Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) di Ambang Kepengerusian ASEAN yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) .

Bertemakan "Persaudaraan Serantau Melalui Puisi", program anjuran PENA itu menyaksikan penyertaan sasterawan dan pemuisi dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei.

Antara yang tampil mendeklamasikan puisi ialah Sasterawan Negara, Datuk Rahman Shaari.

-- BERNAMA



#ASEAN #puisi #diplomasi politik #Malam Baca Puisi PENA