awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pukul pengawal peribadi: Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini

Fareez Azman
Fareez Azman
17/04/2021
08:58 MYT
Pukul pengawal peribadi: Kertas siasatan dirujuk pejabat Peguam Negara Isnin ini
Sebelum ini dilaporkan, dua pengawal peribadi terbabit cedera selepas ditampar dan dimarahi majikannya gara-gara berpuasa di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pengawal peribadi dipukul kerana berpuasa oleh majikannya akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Isnin depan.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, ketika ini kertas siasatan hampir selesai.
"Untuk kes melibatkan pengawal keselamatan dipukul, kita hampir melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada pejabat Peguam Negara pada Isnin bersama siasatan di IPD Klang Selatan.
"Memandangkan reman suspek utama tamat hari ini, jadi kita akan serahkan kepada IPD Klang Selatan. Kejadian di Klang Selatan lebih serius berbanding di Dang Wangi," katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi pada Sabtu.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan dua pengawal peribadi terbabit cedera selepas ditampar dan dimarahi majikannya gara-gara berpuasa di sebuah kondominium di Jalan Pinang, ibu negara.
Ia bagaimanapun membawa kepada penangkapan lima suspek kes pukul itu sekali gus membongkar aktiviti sindiket perjudian dalam talian, pengubahan wang haram dan along.
Turut dirampas 100 jongkong emas seberat 100 kilogram selain 12,500 keping wang kertas AS$100 dengan nilai keseluruhannya mencecah RM28.45 juta.
Juga dirampas, pistol serta rotan dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa dalam kejadian pada Selasa malam itu.
Topic Berkaitan
#kes pukul
#pengawal peribadi
#bodyguard
#puasa
#Ramadan
#polis pdrm
#suspek
#Pejabat Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan