Apakah yang anda akan lakukan jika anda terjumpa sebuah beg yang mempunyai wang lebih dari gaji sebulan anda?

Viral di media sosial baru-baru ini ialah kisah seorang pekerja taman tema air, Sunway Lagoon yang bertindak jujur dengan mengembalikan sebuah beg wang yang ditemui ketika bertugas.

Paruvathy yang berusia 57 kini menjadi hero media sosial selepas kisahnya dikongsi oleh akaun Facebook Sunway Theme Parks Career & Community, pada Rabu lalu.

Paruvathy merupakan salah seorang pekerja yang bertanggungjawab menjaga kebersihan taman tema itu. Beliau telah berkhidmat lebih dari 20 tahun.

Menurut satu kenyataan Facebook, Sunway Theme Parks Career& Community berkongsi kisah Paruvathy yang bertindak jujur ketika mejalankan tugasnya di taman tema tersebut.

Pekerja warga emas itu dikatakan telah memulangkan sebuah beg yang mempunyai wang lebih dari 1,850, 0,000 Saudi Riyal (RM 7, 244 ribu) serta tiga pasport yang dipercayai milik seorang pelancong dari Arab Saudi.

Difahamkan, Paruvathy terjumpa beg itu atas sebuah kerusi ketika beliau pergi untuk makan tengah hari.

Pekerja itu kemudian memberi beg tersebut di kaunter 'Lost and Found’.

‘Kejujuran akan melahirkan kecemerlangan. Ini merupakan satu contoh tindakan integriti oleh pekerja wira taman tema kami.

“Aunty Paruvathy saves the day!” tulis mereka.

Susulan itu, posting tersebut menjadi viral dan menerima lebih dari 4 ribu‘likes’ serta dikongsi sebanyak lebih dari 6 ribu kali.

Rata-rata netizen yang mengelar dia sebagai ‘Aunty Paruvathy’ melahirkan rasa bangga mereka terhadap beliau serta berharap tindakannya akan dijadikan sebagai teladan.

Malah, ada juga yang berkata Paruvathy perlu diberi pengiktirafan atas tindakannya yang begitu jujur dan ikhlas ketika menjalani tanggungjawabnya.

Menurut AienNul MarDhyiah, selepas berkhidmat 25 tahun, beliau ditawar jawatan yang lebih tinggi dengan kenaikan gaji. Tidak ramai orang yang bersikap baik hati dan jujur di dalam dunia hari ini.

Shah Adun pula berkata, " tahniah makcik...hak orang tetap hak orang, jangan kita ambil..Tuhan akan beri ganjarannya untuk makcik dengan kebaikan yang makcik lakukan..biarlah kita bekerja bawahan tapi sikap kita yang tertinggi maruahnya...tahniah."

Honesty breeds Excellence. This is an exemplary act of Integrity by our fellow theme park hero. Aunty Paruvathy saves...

Posted by Sunway Theme Parks Career & Community on