Pesakit yang mempunyai ubat daripada klinik atau hospital kerajaan tetapi tidak menggunakannya dinasihat agar mengembalikanya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pesakit boleh membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semula preskripsi dan memberi ubat yang lain.
Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada pegawai perubatan dan ahli farmasi supaya mereka memberi nasihat yang sewajarnya kepada pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan.
"Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan.
"Ia merupakan satu pembaziran kerana ubat-ubatan itu bukan sahaja berkualiti tetapi ia dibeli dengan peruntukan yang besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Sayang Pelatih Paramedik Masuk Kampung dan 'Food Fit Fun Fair' di Sungai Sumun di sini hari ini.
Dr Hilmi berkata tahun lepas, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan asli dan generik.
"Selain mengelakkan pembaziran, kita tidak mahu ubat-ubatan yang tidak digunakan itu membahayakan nyawa terutama kanak-kanak jika mereka termakan ubat berkenaan," katanya.
Beliau menarik perhatian apabila berkata pihaknya mendapat maklumat terdapat pesakit yang membuang ubat-ubatan di luar pagar klinik atau hospital kerana mereka berjumpa doktor semata-mata untuk mendapatkan sijil cuti sakit sahaja.
Mengenai program pada Sabtu, Dr Hilmi berkata 380 pelatih daripada Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ipoh; Hospital Sungai Buloh dan Kolej Pergigian Pulau Pinang terlibat.
Beliau berkata kesemua pelatih berkenaan telah memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada kira-kira 1,500 penduduk daripada 37 kampung di sekitar kawasan Bagan Datuk.
"Ini merupakan program ketiga yang dianjurkan selepas Balik Pulau di Pulau Pinang dan Pekan, Pahang dan selepas ini kita akan meneruskan program sebegini di Muar, Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 22 2017
Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum
Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.
PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.
Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.
Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.
GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.
Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.
Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.
Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.