awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei

Bernama
Bernama
02/05/2024
11:30 MYT
Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Sambutan tersebut dengan sokongan Pusat Harmoni Pulau Pinang dan MBA bertujuan untuk menggalakkan pemahaman dan interaksi antara kaum dan agama di samping upacara keagamaan. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini, kata Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim.
Beliau berkata sambutan tersebut dengan sokongan Pusat Harmoni Pulau Pinang dan MBA itu bertujuan untuk menggalakkan pemahaman dan interaksi antara kaum dan agama di samping upacara keagamaan.
"Malaysia merupakan negara yang meraikan kepelbagaian kaum dan budaya justeru, saya percaya bahawa melalui pemahaman lebih mendalam, kita dapat membina persahabatan dan kepercayaan yang lebih kukuh, seterusnya mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat selaras visi Penang2030," katanya pada sidang media sempena sambutan itu di sini, hari ini.
Beliau berkata sambutan tersebut turut melibatkan persatuan dari tiga aliran utama agama Buddha, iaitu Theravada, Mahayana, dan Vajrayana selaku penganjur bersama serta mendapat kerjasama daripada pelbagai persatuan penganut Buddha dan kuil sekitar negeri ini.
Bertemakan 'Kehidupan Harmoni, Masyarakat Makmur', sambutan turut meliputi beberapa program termasuk pameran berkaitan pemeliharaan kehidupan dan perlindungan alam sekitar, bengkel kraf tangan yang mengajar cara membuat lilin, bakul dan 'Decoupage' dari bahan kitar semula.
Hari Wesak yang disambut pada 22 Mei ini merupakan hari terpenting masyarakat beragama Buddha bagi memperingati Siddharta Gautama, yang merupakan pengasas agama itu dan ia disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#Hari Wesak
#sambutan peringkat negeri
#lim siew khim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan