Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu kerajaan negeri bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa yang baharu bagi menampung keperluan lapangan terbang di negeri ini selepas 2050.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara itu akan dibina di atas tanah tebus guna di Batu Maung berdekatan Pulau Rimau, dalam lokaliti yang sama dengan lapangan terbang sedia ada.
"Projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hanya mampu menanggung kapasiti penumpang dan kargo untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang sahaja.
"Keperluan untuk mewujudkan lapangan terbang baharu ini begitu kritikal dan bertujuan menjaga kepentingan Pulau Pinang sebagai pintu masuk utama pengangkutan udara bagi wilayah utara Malaysia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2019 pada persidangan DUN Pulau Pinang, di sini pada Jumaat.
Beliau berkata walaupun semua infrastruktur dan jaringan jalan raya untuk pembinaan lapangan terbang baharu itu telah tersedia, cadangan itu masih dalam peringkat perancangan dan perlu melalui pelbagai proses seperti kajian kebolehlaksanaan, kelulusan daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk tebus guna laut, kelulusan kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan sumber pembiayaan projek.
Sebelum ini dilaporkan LTAPP yang direka untuk menampung 6.5 juta penumpang setahun merekodkan pengendalian 7.2 juta penumpang tahun lepas.
Kerajaan negeri menjangkakan jumlah pengguna LTAPP akan meningkat ke 7.8 juta tahun ini dengan keperluan menaik taraf lapangan terbang itu amat kritikal.
Sementara itu, mengenai pengumuman cadangan pembinaan dua hotel di puncak Bukit Bendera, Chow berkata cadangan itu masih di peringkat perancangan awal.
Beliau berkata cadangan pembinaan hotel dengan 200 bilik berhampiran Banglo Convalescent telah dibuat pada 2016 susulan permintaan daripada pelawat tempatan dan luar negara yang berhasrat untuk tinggal dan bermalam di situ.
"Konsep dan reka bentuk ini akan dikaji semula dengan teliti untuk proses seterusnya. Saya juga mengarahkan Perbadanan Bukit Bendera untuk mengkaji dan membaik pulih beberapa aset kerajaan negeri termasuk membaik pulih Banglo Convalescent dan membangunkan semula bangunan usang di Coolie Line untuk memberi lebih banyak pilihan penginapan kepada pelawat," katanya.
Chow berkata kerajaan negeri dan Perbadanan Bukit Bendera komited untuk memelihara Bukit Bendera dan segala pembangunan di puncak bukit itu mengikut Rancangan Kawasan Khas Bukit Bendera 2016 dan Rancangan Tempatan Bukit Bendera 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
Chow Kon Yeow berkata projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hanya mampu menanggung kapasiti penumpang dan kargo untuk tempoh 20 ke 30 tahun akan datang. -foto BERNAMA
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara
Pulau Pinang menawarkan gabungan antara penjagaan perubatan berkualiti dan sebagai destinasi pelancongan yang menarik.
Ketua Menteri Pulau Pinang bercuti mulai hari ini hingga 6 Dis
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan bercuti ke China mulai hari ini hingga 6 Dis.
Penubuhan SFZ di Pulau Pinang masih dikaji, rangka kerja akan dibentang kepada MMK - Chow
Prospek penubuhan Zon Kewangan Khas (SFZ) di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan masih di peringkat kajian oleh Penang Institute (PI), kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pembinaan CLQ perlu patuhi garis panduan - Chow
Terdapat garis panduan yang membenarkan pembinaan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bagi pekerja warga asing, namun ia tertakluk kepada pematuhan oleh pihak pemohon bagi projek itu.
Pulau Pinang tumpu kepada pengurusan sisa dan proses kitar semula - Chow
Chow Kon Yeow berkata pengurusan sisa buangan telah menjadi masalah ketara di Malaysia selama beberapa dekad.
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.