MALAYSIA
Pulau Pinang cadang tubuh suruhanjaya khas semak semula model perkongsian hasil
Chow berkata langkah itu merupakan keperluan penting bagi memastikan keadilan fiskal dan kelestarian pembangunan jangka panjang. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Pulau Pinang mencadangkan penubuhan sebuah suruhanjaya khas peringkat nasional bagi menyemak semula model perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.
Ringkasan AI
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata langkah itu merupakan keperluan penting bagi memastikan keadilan fiskal dan kelestarian pembangunan jangka panjang.
"Penubuhan suruhanjaya khas adalah mekanisme terbaik untuk menilai semula formula sedia ada secara telus dan berlandaskan perjanjian yang jelas bukan sahaja untuk Pulau Pinang tetapi demi keserataan antara semua negeri.
"Di sebalik polemik mengenai perkongsian hasil, Pulau Pinang terus mengekalkan momentumnya sebagai kuasa ekonomi negara disokong angka pelaburan dan eksport kukuh bagi 2024 dan 2025," katanya pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini.
Beliau menjawab soalan Goh Choon Aik (PH-Bukit Tambun) mengenai perkembangan tuntutan 20 peratus daripada hasil cukai yang dikutip daripada Pulau Pinang.
Chow berkata berdasarkan data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Pulau Pinang merekodkan pelaburan sektor pembuatan berjumlah RM17.3 bilion pada 2024 manakala bagi tempoh setakat Jun tahun ini, pelaburan mencecah RM12.5 bilion.
Menjawab soalan tambahan Goh berhubung sama ada tuntutan peratusan hasil kutipan cukai daripada negeri lain melemahkan Kerajaan Persekutuan, beliau berkata hubungan fiskal antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu dilihat sebagai usaha saling memperkukuh bagi mencapai keseimbangan antara hasil yang dijana di peringkat negeri dengan keperluan pembangunan setempat.
Chow turut memuji pendekatan lebih terbuka pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ini yang berjaya merealisasikan beberapa perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Dengan semangat ini, jika MA63 dapat direalisasikan, saya percaya isu lain termasuk perkongsian hasil boleh dipertimbangkan dengan sikap lebih terbuka," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pulau Pinang mencadangkan penubuhan suruhanjaya khas peringkat nasional untuk menyemak semula model perkongsian hasil antara Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan keadilan fiskal dan kelestarian pembangunan jangka panjang.
- Ketua Menteri Chow Kon Yeow menegaskan keperluan mekanisme terbaik ini bagi menilai formula sedia ada secara telus dan berlandaskan perjanjian yang jelas dalam usaha mencapai keserataan antara semua negeri.
- Pulau Pinang terus mengekalkan momentum sebagai kuasa ekonomi negara dengan pelaburan sektor pembuatan yang tinggi, mencapai RM17.3 bilion pada 2024 dan RM12.5 bilion setakat Jun tahun ini, mengukuhkan kedudukan negeri dalam arena ekonomi negara.