MALAYSIA
Pulau Pinang kaji laluan kereta kabel hubungkan Taman Botani-Gurney Bay
Chow Kon Yeow berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan kerajaan negeri akan menilai dengan terperinci sama ada laluan berkenaan berdaya maju untuk dilaksanakan. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang meminta Hartasuma Sdn Bhd, konsesi bagi projek kereta kabel Bukit Bendera menjalankan kajian kebolehlaksanaan untuk laluan baharu kereta kabel yang menghubungkan Taman Botani dengan Gurney Bay.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kajian itu masih di peringkat awal dan kerajaan negeri akan menilai dengan terperinci sama ada laluan berkenaan berdaya maju untuk dilaksanakan.
"Gurney Bay ialah satu lagi tarikan pelancongan ikonik, justeru wajar untuk menghubungkan Taman Botani dengan Gurney Bay menggunakan kereta kabel," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani kemudahan pembiayaan pembangunan kereta kabel Bukit Bendera antara Hartasuma dan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB).
Beliau berkata, jarak antara Taman Botani dan Gurney Bay dianggarkan sejauh 2.5 kilometer dan jika terbukti projek berkenaan berdaya maju, ia boleh menjadi satu lagi tarikan utama pelancongan.
Pada April tahun lepas, Hartasuma, peneraju industri rel negara berpengalaman hampir 30 tahun menandatangani kontrak dengan Doppelmayr Seilbahnen GmbH, peneraju pasaran global dalam bidang kejuruteraan sistem pengangkutan kabel bagi projek kereta kabel Bukit Bendera.
Direka untuk membawa muatan hingga 1,400 penumpang sejam bagi setiap arah, kereta kabel Bukit Bendera akan menawarkan perjalanan selama 10 minit dari Taman Botani ke puncak bukit, pada ketinggian 700 meter dari paras laut.
Projek berkenaan meliputi laluan sepanjang 2.73 kilometer dari Taman Botani ke puncak bukit, melibatkan tiga stesen utama, iaitu Garden Station di kaki bukit, Turn Station di pertengahan dan Hill Station di puncak.
Ia turut dilengkapi dengan kemudahan tempat letak kereta bertingkat, plaza komersial di hadapan Jabatan Taman Botani serta kawasan khas untuk parkir bas.
-- BERNAMA