MALAYSIA
Pulau Pinang laksana inisiatif pertanian padi berimpak tinggi
Fahmi menambah, pelaksanaan projek melibatkan semburan QarboGrow pada umur padi 40, 50, 60 dan 70 hari, fasa kritikal dalam pertumbuhan tanaman, bagi memastikan keberkesanan maksimum dalam meningkatkan hasil. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang melaksanakan inisiatif pertanian padi berimpak tinggi menerusi penggalak fotosintesis berasaskan teknologi hijau tempatan, bertujuan meningkatkan hasil padi serta memperkukuh daya saing sektor pertanian negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri Fahmi Zainol berkata inisiatif itu dijalankan dengan sokongan Jabatan Pertanian Pulau Pinang serta kerjasama strategik syarikat Qarbotech Sdn Bhd melalui penggunaan produk inovatif QarboGrow, yang dibangunkan oleh saintis Malaysia Prof Dr Suraya Abdul Rashid.
"Penyelidikan dan pembangunan menunjukkan QarboGrow dapat meningkatkan keberkesanan fotosintesis, mempercepatkan tumbesaran tanaman, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit serta serangga perosak, dan memberi impak langsung kepada peningkatan hasil padi.
"Teknologi ini dihasilkan menggunakan nanoteknologi karbon berasaskan sisa pertanian, menjadikannya alternatif mesra alam berbanding bahan kimia konvensional. Projek ini melibatkan kawasan sawah padi seluas 2,000 hektar merangkumi tiga daerah: Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS)," katanya kepada Bernama hari ini.
Fahmi menambah, pelaksanaan projek melibatkan semburan QarboGrow pada umur padi 40, 50, 60 dan 70 hari, fasa kritikal dalam pertumbuhan tanaman, bagi memastikan keberkesanan maksimum dalam meningkatkan hasil.
Melalui program ini, petani dapat menikmati peningkatan hasil serta kelestarian yang lebih tinggi. Dengan adanya teknologi QarboGrow, diharapkan sektor pertanian Pulau Pinang akan menjadi lebih mampan, berdaya saing dan selaras dengan aspirasi negara untuk menjamin bekalan makanan kepada generasi akan datang.
Katanya projek ini dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.622 juta melibatkan kawasan seluas 2,000 hektar serta 1,319 pesawah di tiga daerah di bahagian tanah besar di Pulau Pinang.
"Di kawasan SPS, lokasi yang terlibat ialah Jalan Sempadan, Jalan Baharu, SungaiSetar, dan Kampung Tuk Tuntung manakala bagi kawasan SPT pula ialah Permatang Nibong, Padang Temusu, Guar Perahu, Permatang Ara, Kampung Terus, Guar Jering, Indera Muda, Permatang Pasir, Stesen Pertanian Bukit Merah dan Kampung Pelet.
"Kawasan SPU pula meliputi Lahar Kepar, Permatang Kuang, Sri Manggis, Permatang Langsat, Lahar Tiang, Telok Air Tawar, Permatang Panjang, Lahar Yooi, Kampung Baru, Tok Jawa, Jabatan Pertanian Bumbung Lima dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)," katanya.
Beliau berkata dari segi pencapaian, projek ini telah menunjukkan peningkatan hasil yang sangat memberangsangkan iaitu sebelum ini, purata hasil tuaian hanyalah sekitar empat hingga lima tan sehektar, namun bagi musim ini hasil meningkat kepada enam hingga tujuh tan sehektar.
Menurut Fahmi, ini bersamaan peningkatan purata sekitar 30 peratus, atau tambahan sekurang-kurangnya satu tan sehektar, yang memberi pendapatan tambahan RM1,500 bagi setiap hektar. Kos penggunaan QarboGrow pula hanya sekitar RM320 sehektar, menjadikannya pelaburan berbaloi dan menguntungkan pesawah.
"Jenis padi yang paling banyak ditanam di Pulau Pinang ialah MR297, terkenal dengan ketahanan dan hasil tinggi. Kaedah penanaman bergantung kepada keadaan kawasan dan kemampuan pesawah, menggunakan tabur terus dalam air atau atas tanah basah. Dengan penggunaan benih yang optimum, pertumbuhan padi lebih sekata dan hasil maksimum dapat dicapai," katanya.
Secara keseluruhan, projek ini memberi impak positif terhadap peningkatan hasil padi dan pendapatan pesawah, selain menunjukkan potensi besar penggunaan input pertanian berteknologi seperti QarboGrow dalam meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara.
-- BERNAMA