awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang laksana semula Fi Hotel bermula 1 Julai

Bernama
Bernama
22/06/2022
08:39 MYT
Pulau Pinang laksana semula Fi Hotel bermula 1 Julai
Kegiatan aktiviti pelancongan telah dirancakkan semula sejak pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lepas. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan Fi Hotel di semua hotel berdaftar di negeri itu bermula 1 Julai ini selepas ia dihentikan sejak dua tahun lepas berikutan wabak COVID-19.
Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) negeri Yeoh Soon Hin berkata kadar bayaran untuk Fi Hotel itu adalah sama sebelum inisiatif pengecualian ia dilaksanakan bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun ini.
"Kadar bayaran fi adalah tetap sama seperti sebelum ini, iaitu bagi hotel empat dan lima bintang adalah RM3 bagi satu bilik/satu malam dan kadar RM2 (satu bilik/satu malam) bagi hotel tiga bintang dan ke bawah termasuk dormitori, hotel bajet, hostel dan rumah tumpangan.
"Kegiatan aktiviti pelancongan telah dirancakkan semula sejak pembukaan semula pintu sempadan negara pada 1 April lepas dan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Pinang amat menggalakkan.
"Setelah mengadakan perbincangan dengan pemain-pemain industri dan mendapat persetujuan mereka, maka Pulau Pinang akan melaksanakan semula kutipan Fi Hotel di hotel-hotel berdaftar mulai 1 Julai ini,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Persatuan Pengusaha Hotel Pulau Pinang Datuk Lim Mee Lee, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Pulau Pinang Tony Goh dan Pengerusi Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia Andy Lau.
Mengulas lanjut, Yeoh berkata Fi Hotel itu merupakan antara satu sumber pendapatan yang amat penting kepada Pulau Pinang untuk membantu aktiviti promosi, pemasaran dan pembangunan sektor pelancongan di negeri itu.
"Sebelum pandemik, pendapatan yang dapat dijana menerusi kutipan Fi Hotel ini adalah lebih RM5 juta bagi setiap tahun, sebenarnya bukan Pulau Pinang sahaja mengutip Fi Hotel sebaliknya banyak negeri lain turut berbuat demikian namun dengan pelbagai nama, contohnya Langkawi mengenakan cukai warisan bagi penginapan hotel di sana," katanya.
Sementara itu, Lau berkata pihaknya menyambut baik langkah kerajaan negeri melaksanakan semula kutipan Fi Hotel dan berharap pendapatan yang dijana menerusinya dapat meningkatkan lagi promosi Pulau Pinang ke peringkat antarabangsa.
''Kami menyokong usaha ini dan berharap industri pelancongan Pulau Pinang akan terus berkembang dan mampu menarik pelancong antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fi Hotel
#pulau pinang
#pelancongan
#pendemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan