GEORGE TOWN: Seluruh masjid dan surau di Pulau Pinang diseru mengadakan solat jenazah ghaib buat ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi selepas solat Isyak malam ini.
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata solat jenazah ghaib tersebut dibuat sebagai tanda penghormatan kepada tokoh yang banyak berjasa kepada umat Islam khusus dalam pembangunan pendidikan, kerohanian dan dakwah.
Semalam, ulama tersohor kelahiran Mesir itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Qatar.
Berita duka pemergian Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) itu diumumkan di akaun media sosial rasmi Allahyarham.
Dilahirkan pada pada 9 September 1926, Allahyarham dikenali sebagai seorang Mujtahid di era moden ini.
Allahyarham tinggal dalam buangan berikutan penggulingan tentera kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.
Allahyarham Yusuf telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham telah menghasilkan lebih 120 buah buku termasuk naskhah perundangan Islam serta menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa.
Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.
Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Sep 27 2022

Semalam, ulama tersohor kelahiran Mesir itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Qatar.

Sesi sekolah 8 pagi bukan keutamaan setakat ini - Fadhlina
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan sesi persekolahan bermula jam 8 pagi bukan keutamaan Kementerian Pendidikan buat masa ini.

10 terbunuh dalam dua kejadian tembakan di Afrika Selatan
Sepuluh orang terbunuh selepas lelaki bersenjata menyerbu dua pekan di wilayah Cape, Afrika Selatan, menurut polis pada Khamis.

Kes 1MDB: Ashok cadang tutup akaun Najib sebab tidak selesa - Saksi
Saksi memberitahu mahkamah bahawa cadangan untuk menutup akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat oleh bekas pengarah urusan kumpulan bank, R Ashok.

AirAsia X rancang tambah lebih banyak penerbangan ke Busan menjelang akhir tahun
AirAsia X merancang untuk mengadakan tujuh penerbangan ke Busan setiap minggu menjelang akhir tahun bagi mengukuhkan kedudukannya di Korea Selatan.

Lebih 1,000 mangsa banjir masih ditempatkan di PPS petang ini
Seramai 1,446 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat 2 petang tadi.

Rais saran wujudkan kawasan warisan 'Dunia Melayu' di Kuala Lumpur
DBKL disaran mewujudkan satu kawasan khusus warisan 'Dunia Melayu' yang mengandungi segala elemen aspek kehidupan mencerminkan seni budaya tinggi dan warisan Melayu.

MOT cadang bas perantara dari KL Sentral ke Parlimen elak kesesakan
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, hasrat itu telah dinyatakan kepada Speaker serta Prasarana untuk menggunakan bas Rapid KL sepanjang berlangsungnya sidang Parlimen.

Guna nama tokoh terkenal, rugi sehingga RM4.6 juta masuk aplikasi e-ganjaran
Ramai terpedaya selepas menyertai skim penipuan aplikasi e-ganjaran (ganjaran dalam talian) yang menawarkan baucer sehingga 50 peratus sejak 2018.

AS-China | Pentagon dakwa belon pengintip China di ruang udara AS
Amerika Syarikat sedang memantau belon pengintip yang disyaki milik China yang berada di ruang udara di negeri Montana. Menurut Pentagon, pihaknya sedang menjejaki pergerakan belon tersebut yang disahkan masih berada di ruang udara di kawasan tersebut.

Belanjawan 2023 dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi - Bank Dunia
Belanjawan 2023 yang dijadual dibentangkan semula pada 24 Feb ini dijangka berasaskan kepada keadaan semasa ekonomi domestik dan juga global.

Pulau Pinang laksana solat jenazah ghaib ke atas Yusof al-Qaradawi
Seluruh Masjid dan Surau di Pulau Pinang diseru mengadakan Solat Jenazah Ghaib buat Allahyarham Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi selepas solat Isyak malam ini.

Perlis laksana solat jenazah ghaib ke atas Yusof al-Qaradawi
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melimpahkan kurnia dan perkenan agar dilaksanakan solat jenazah ghaib ke atas Ulama tersohor Sheikh Yusuf al-Qaradawi di seluruh masjid di negeri i