MALAYSIA
Pulau Pinang lancar strategi daya tahan tangani gangguan global masa hadapan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melancarkan Strategi Daya Tahan Pulau Pinang, satu pelan tindakan berani dan inklusif yang bertujuan memperkukuh keupayaan negeri itu mendepani dan menyesuaikan dengan gangguan pada masa hadapan. - Foto FB Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini melancarkan Strategi Daya Tahan Pulau Pinang (PRS), satu pelan tindakan berani dan inklusif yang bertujuan memperkukuh keupayaan negeri itu mendepani dan menyesuaikan dengan gangguan pada masa hadapan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata majlis itu bukan sekadar pelancaran sebuah dokumen, malah mencerminkan komitmen bersama untuk mempersiapkan negeri ini mengharungi ketidaktentuan serta cabaran dunia yang sentiasa berubah-ubah.
Beliau berkata PRS ialah strategi daya tahan pertama di peringkat negeri di Malaysia, hasil usaha bertahun-tahun yang menggabungkan nilai bersama, pengetahuan tempatan dan pandangan global untuk membimbing transformasi Pulau Pinang menjadi negeri yang berdaya tahan, responsif dan inklusif.
"Sejak sekian lama Pulau Pinang dikenali dengan kekuatan industri, kepelbagaian budaya dan keupayaan inovasi. Namun, dengan gangguan iklim global, perubahan demografi serta peningkatan tekanan di bandar, kita tidak boleh hanya menumpukan kepada pertumbuhan dan daya saing, kita perlu membina daya tahan," katanya pada majlis pelancaran PRS di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Negeri Zairil Khir Johari, Naib Presiden Korporat Pemasangan dan Ujian Operasi (NAND) Micron Malaysia Amarjit Singh dan Ahli Lembaga Resilient Cities Network (R-Cities) merangkap Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Chow berkata insiden banjir kilat dan cuaca ekstrem yang kerap berlaku kini bukan lagi insiden terpencil, sebaliknya menjadi kebiasaan baharu yang memerlukan tadbir urus proaktif dan segera.
"Dalam konteks ini, daya tahan bukan sekadar kemampuan untuk pulih. Maknanya, perlu mewujudkan sistem yang mampu meramal, menyerap tekanan dan mampu berkembang mengikut keperluan, sama ada dalam menghadapi cabaran iklim, perubahan ekonomi, ancaman kesihatan awam atau ketidaksamaan sosial," katanya.
Beliau berkata kekuatan PRS bukan hanya bergantung pada keselarasan dengan kerangka utama seperti Penang2030 dan Agenda Hijau, malah pada pendekatannya yang inklusif, hasil ribuan maklum balas daripada komuniti, belia, sektor perniagaan dan masyarakat.
Bagi merealisasikan visi ini, kerajaan negeri turut melancarkan ikrar untuk Pulau Pinang berdaya tahan yang menyeru semua sektor untuk mengamalkan prinsip daya tahan dalam keputusan harian, bermula daripada amalan perniagaan hijau sehingga inisiatif keselamatan berasaskan komuniti.
Chow berkata Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang (PLANMalaysia) akan menerajui pelaksanaan PRS, antaranya melalui penyelarasan usaha dan pengintegrasian elemen daya tahan dalam perancangan pembangunan, guna tanah dan infrastruktur negeri.
"Ini hanyalah permulaan. PRS menetapkan hala tuju, namun impaknya bergantung kepada bagaimana kita melaksanakannya bersama. Walaupun kita tidak dapat meramalkan setiap kejutan atau tekanan pada masa hadapan, kita boleh memperkukuh keupayaan untuk respons.
"Saya yakin dengan tekad bersama dan tindakan berterusan, Pulau Pinang bakal terus muncul sebagai peneraju, mencetus inspirasi dan terus maju, bukan sahaja ketika waktu stabil, malah tatkala berhadapan cabaran," katanya.
-- BERNAMA