MALAYSIA
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Chow Kon Yeow (foto) berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828). -Gambar fail
GEORGE TOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah bagi 2026 daripada 32.5 peratus sebelum ini, kepada 50 peratus bagi meringankan beban pemilik tanah dan memastikan peralihan kepada kadar baharu cukai tanah dilaksanakan secara berperingkat serta terkawal.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828).
"Dalam hal ini, sekiranya amaun cukai tanah selepas rebat diberikan lebih rendah daripada amaun cukai tanah sedia ada yang telah dibayar pada tahun sebelumnya, maka amaun cukai tanah sedia ada akan diguna pakai.
"Pendekatan ini bertujuan memastikan keseimbangan antara kepentingan pemilik tanah dan keperluan hasil negeri," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini hari ini.
Selain pemberian rebat, Chow berkata permohonan rayuan pengurangan cukai tanah, tunggakan cukai tanah, tunggakan cukai tanah serta tunggakan denda lewat boleh dipertimbangkan melalui mekanisme rayuan di pejabat tanah bagi kes-kes tertentu.
Beliau berkata pertimbangan rayuan turut merangkumi pemilik tanah First Grade yang terkesan akibat perubahan kadar berdasarkan kegunaan semasa serta pemilik tanah terlibat dalam proses pengkelasan tanah daripada desa ke bandar.
Menurut Chow, semua permohonan dan keputusan rayuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan selain mekanisme rayuan itu disediakan sebagai saluran kepada pemilik tanah yang terkesan secara signifikan akibat pelaksanaan kadar baharu cukai tanah.
Chow berkata bil cukai tanah akan diposkan kepada semua pemilik tanah pada pertengahan Januari depan, namun mereka boleh membuat semakan dan bayaran bil cukai secara dalam talian bermula 2 Jan.
Sebelum ini, kerajaan negeri juga bersetuju memberi pengecualian bayaran denda ke atas tunggakan cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus mulai 1 Jan hingga 31 Dis 2026 melibatkan tunggakan denda berjumlah RM25 juta.
Pada 19 Sept lepas, kerajaan negeri telah melaksanakan semakan kadar cukai tanah dan pengkelasan tanah desa ke bandar bagi seluruh Pulau Pinang selaras dengan peruntukan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Akta 828) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan ini.
Pelaksanaan semakan kadar cukai tanah tersebut melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh Pulau Pinang, merangkumi pelbagai kategori dan kegunaan tanah termasuk kategori kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian serta kategori-kategori khas lain.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- MMK Pulau Pinang meningkatkan rebat cukai tanah daripada 32.5% kepada 50% bagi tahun 2026 bagi meringankan beban pemilik tanah serta melaksanakan peralihan kadar baharu secara berperingkat dan terkawal.
- Kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti peruntukan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828) untuk menjamin keseimbangan antara kepentingan pemilik tanah dan keperluan hasil negeri.
- Permohonan rayuan pengurangan cukai tanah serta tunggakan boleh dipertimbangkan bagi pemilik tanah First Grade yang terkesan akibat perubahan kadar berdasarkan kegunaan semasa.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pemberian rebat cukai tanah itu tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun seperti diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (Akta 828).
"Dalam hal ini, sekiranya amaun cukai tanah selepas rebat diberikan lebih rendah daripada amaun cukai tanah sedia ada yang telah dibayar pada tahun sebelumnya, maka amaun cukai tanah sedia ada akan diguna pakai.
"Pendekatan ini bertujuan memastikan keseimbangan antara kepentingan pemilik tanah dan keperluan hasil negeri," katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Menteri di Komtar di sini hari ini.
Selain pemberian rebat, Chow berkata permohonan rayuan pengurangan cukai tanah, tunggakan cukai tanah, tunggakan cukai tanah serta tunggakan denda lewat boleh dipertimbangkan melalui mekanisme rayuan di pejabat tanah bagi kes-kes tertentu.
Beliau berkata pertimbangan rayuan turut merangkumi pemilik tanah First Grade yang terkesan akibat perubahan kadar berdasarkan kegunaan semasa serta pemilik tanah terlibat dalam proses pengkelasan tanah daripada desa ke bandar.
Menurut Chow, semua permohonan dan keputusan rayuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan selain mekanisme rayuan itu disediakan sebagai saluran kepada pemilik tanah yang terkesan secara signifikan akibat pelaksanaan kadar baharu cukai tanah.
Chow berkata bil cukai tanah akan diposkan kepada semua pemilik tanah pada pertengahan Januari depan, namun mereka boleh membuat semakan dan bayaran bil cukai secara dalam talian bermula 2 Jan.
Sebelum ini, kerajaan negeri juga bersetuju memberi pengecualian bayaran denda ke atas tunggakan cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100 peratus mulai 1 Jan hingga 31 Dis 2026 melibatkan tunggakan denda berjumlah RM25 juta.
Pada 19 Sept lepas, kerajaan negeri telah melaksanakan semakan kadar cukai tanah dan pengkelasan tanah desa ke bandar bagi seluruh Pulau Pinang selaras dengan peruntukan Seksyen 101 Kanun Tanah Negara (Akta 828) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jan ini.
Pelaksanaan semakan kadar cukai tanah tersebut melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di seluruh Pulau Pinang, merangkumi pelbagai kategori dan kegunaan tanah termasuk kategori kediaman, perniagaan, perindustrian, pertanian serta kategori-kategori khas lain.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa keputusan terbaru Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang berkenaan rebat cukai tanah?
A: MMK Pulau Pinang bersetuju meningkatkan rebat cukai tanah daripada 32.5% kepada 50% bagi tahun 2026. - Q: Berapakah kadar minimum yang ditetapkan untuk pemberian rebat cukai tanah yang baru?
A: Rebate cukai tanah tertakluk kepada kadar minimum yang ditetapkan, dan kadar baharu cukai tanah akan kekal sekurang-kurangnya 10 tahun. - Q: Apakah mekanisme yang boleh digunakan bagi pemilik tanah yang ingin membuat rayuan pengurangan cukai tanah?
A: Pemohonan rayuan pengurangan cukai tanah, tunggakan dan denda lewat boleh dipertimbangkan melalui mekanisme rayuan di pejabat tanah bagi kes-kes tertentu. - Q: Bagaimanakah pelaksanaan semakan kadar cukai tanah di Pulau Pinang melibatkan pemilik tanah?
A: Semakan kadar cukai tanah melibatkan hampir 370,000 hak milik tanah di Pulau Pinang, termasuk pengkelasan tanah dari desa ke bandar bagi pelbagai kategori dan kegunaan tanah. - Q: Apakah pengecualian bayaran denda yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang berkaitan dengan tunggakan cukai tanah dan cukai petak?
A: Kerajaan negeri memberi pengecualian bayaran denda ke atas tunggakan cukai tanah dan cukai petak sebanyak 100% mulai 1 Jan hingga 31 Dis 2026, melibatkan tunggakan denda berjumlah RM25 juta.