KUALA LUMPUR: Pulau Pinang merupakan negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan keabsahannya tidak boleh dipertikai, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
Beliau berkata sejak zaman penjajahan British, Pulau Pinang diiktiraf sebagai antara Negeri Selat di bawah gabungan yang dikenali sebagai Straits Settlements atau Negeri-Negeri Selat.
"Susulan ini, beberapa perjanjian yang ditandatangani antara negeri Kedah dan pihak British telahpun dengan jelasnya mengiktiraf Pulau Pinang dan Seberang Perai (di tanah besar Pulau Pinang) sebagai sebuah negeri yang berdaulat.
"Perjanjian tersebut termasuklah Perjanjian Kerajaan Britain dan Negeri Kedah pada 1923, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Justeru, Ramkarpal berkata kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mendakwa Pulau Pinang masih hak Kedah adalah tidak berasas.
Semalam, Muhammad Sanusi dilapor berkata Kedah dan Pulau Pinang tidak ada sempadan kerana Pulau Pinang masih hak Kedah serta mendakwa Kedah hanya mempunyai sempadan dengan Perak dan Perlis.
Ramkarpal berkata Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 juga menyatakan dengan jelas bahawa Pulau Pinang telahpun dijadikan sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu dan sebuah negeri yang berasingan daripada Kedah.
Memperinci perkara itu, beliau berkata pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pada 1957 dan tidak boleh dinafikan bahawa Pulau Pinang turut diiktiraf sebagai antara negeri di bawah Persekutuan Tanah Melayu di bawah Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan turut menjamin bahawa setiap negeri mempunyai Perlembagaan Negeri masing-masing yang memperuntuk cara pengendalian Kerajaan Negeri termasuk Pulau Pinang.
"Selanjutnya, terdapat juga peruntukan lain dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada Pulau Pinang sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan perlu diberikan perhatian sejak pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia.
"Tiada sebarang bantahan yang pernah dibangkitkan oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Negeri Kedah bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah," katanya.
Ramkarpal berkata sehubungan itu, Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara seharusnya dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
Ramkarpal berkata sejak zaman penjajahan British, Pulau Pinang diiktiraf sebagai antara Negeri Selat di bawah gabungan yang dikenali sebagai Straits Settlements atau Negeri-Negeri Selat. - Gambar fail/Bernama
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini - PM Anwar
Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di Parlimen bulan ini.
Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, cadangan itu diluluskan selepas beliau membentangkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Taraf, kedudukan bahasa Melayu di negara ini lebih tinggi daripada bahasa lain - Ahli akademik
Ahli politik perlu menjadi teladan menggunakan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu libatkan negeri, ulama dan ahli akademik - PM
Tegas Anwar, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini digunakan untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor
Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.
Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - Sultan Selangor
Baginda bertitah, terdapat ulasan yang berdasarkan polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Terengganu turut terima 'tempias' keputusan kes Nik Elin
Kerajaan negeri Terengganu dijangka turut menerima tempias susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Kerajaan tidak terlibat keputusan kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan - PM
Beliau berkata ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.