KUALA LUMPUR: Eksport pada Oktober 2022 meningkat sebanyak RM17.1 bilion atau 15 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dengan Pulau Pinang menyumbangkan eksport tertinggi bernilai RM7.1 bilion.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah dagangan Malaysia pada Oktober 2022 bernilai RM245.2 bilion, meningkat 21.1 peratus tahun ke tahun, dengan nilai eksport RM131.6 bilion dan import bernilai RM113.5 bilion.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi eksport mengikut negeri menunjukkan eksport lebih tinggi juga dicatatkan oleh Johor (+RM4.8 bilion), Sarawak (+RM3.7 bilion), Wilayah Persekutuan Labuan (+RM1.7 bilion), Sabah (+RM1.4 bilion), Kedah (+RM1.0 bilion), Negeri Sembilan (+RM453.2 juta), Perlis (+RM43.5 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM41.8 juta), Melaka (+RM38.0 juta) dan Kelantan (+RM17.7 juta).
"Bagaimanapun, eksport menyusut di Selangor (-RM1.8 bilion), Terengganu (-RM581.2 juta), Perak (-RM404.6 juta) dan Pahang (-RM330.6 juta)," katanya dalam kenyataan mengenai Statistik Eksport Import Mengikut Negeri, Oktober 2022 pada Isnin.
Beliau berkata, import pada Oktober 2022 juga meningkat RM25.6 bilion (+29.2 peratus) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
"Peningkatan import dipacu oleh import yang lebih tinggi oleh kebanyakan negeri iaitu Johor (+RM14.1 bilion), Selangor (+RM4.3 bilion), Melaka (+RM1.9 bilion), Kedah (+RM1.8 bilion), Pulau Pinang (+RM1.7 bilion), Sarawak (+RM929.3 juta), Negeri Sembilan (+RM353.0 juta), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+RM164.6 juta), Pahang (+RM144.6 juta), Sabah (+RM107.8 juta), Kelantan (+RM39.8 juta) dan Perlis (+RM26.3 juta)," katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun, import berkurangan di Terengganu (-RM346.0 juta), Wilayah Persekutuan Labuan (-RM52.5 juta) dan Perak (-RM32.5 juta).
Mohd Uzir berkata, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.6 peratus, diikuti oleh Johor (21.9 peratus), Selangor (17.1 peratus), Sarawak (9.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.3 peratus).
Sementara itu, bagi import, Johor merupakan penyumbang utama dengan 28.0 peratus, diikuti oleh Selangor (24.0 peratus), Pulau Pinang (20.8 peratus), Kedah (6.5 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5.7 peratus). - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2022
Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 29.6 peratus, diikuti oleh Johor (21.9 peratus), Selangor (17.1 peratus), Sarawak (9.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.3 peratus). - Gambar fail BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
P. Pinang sedia jadi pemangkin rantaian nilai cip - Ketua Menteri
Pulau Pinang mampu menyumbang kepada pencapaian matlamat Malaysia seperti yang dibayangkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pulau Pinang: Pelancongan kapal persiaran catat pertumbuhan lebih kukuh
Bilangan tempat berlabuh kapal antarabangsa dan jumlah penumpang terus menunjukkan trend peningkatan.
Cuti Aidilfitri: Pulau Pinang 'sesak' dengan pelancong
Pelancong tempatan dan luar negara membanjiri Pulau Mutiara hingga menyebabkan beberapa lokasi tumpuan menjadi sesak sejak awal pagi tadi.
Aidilfitri: PBAPP gerakkan 13 lori tangki air hingga Ahad ini
PBAPP menggerakkan 13 lori tangki air bermula semalam hingga 14 April ini sebagai langkah bersiap siaga untuk mengelak atau meminimumkan gangguan bekalan air.
Tesla aktifkan stesen pengecas super baharu di Pulau Pinang
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
P. Pinang guna kelebihan diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk tarik pelancong
Satu laporan peruncit di UK, Post Office, meletakkan Pulau Pinang di tempat ke-11 dalam senarai destinasi pelancongan termurah di seluruh dunia.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.