Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera

Chow berkata tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM56.76 juta yang memberi manfaat kepada 290,629 penerima dalam pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera. - Gambar Facebook Chow Kon Yeow
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan dana sebanyak RM50.93 juta kepada 281,135 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2026 dengan pembayaran disalurkan mulai 7 Feb ini secara pindahan dana elektronik (EFT).
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang peruntukkan RM50.93 juta kepada 281,135 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2026.
- Bantuan merangkumi RM200 bagi Program Penghargaan Warga Emas dan Bantuan OKU, serta RM100 bagi Program Suri Emas dan Ibu Tunggal.
- Permohonan selepas 10 Jan 2026 akan diproses untuk fasa kedua, sementara pemohon digalakkan mengemas kini maklumat akaun bank.
Chow berkata permohonan yang dikemukakan selepas 10 Jan 2026, akan diproses untuk pembayaran fasa kedua dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang i-Sejahtera.
Bagi memastikan kelancaran pembayaran, beliau menggalakkan pemohon untuk mengemas kini maklumat akaun bank masing-masing.
Beliau berkata tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM56.76 juta yang memberi manfaat kepada 290,629 penerima dalam pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera.
Chow berkata inisiatif berkenaan bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata, tetapi merupakan satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan serta peranan penting golongan itu dalam pembangunan sosial dan ekonomi negeri.
Program i-Sejahtera merupakan inisiatif kebajikan kerajaan negeri yang disumbangkan dalam bentuk kewangan secara setahun sekali kepada golongan rentan seperti warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah dan bayi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


