NATIONAL
Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow

Tahun lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan RM50.54 juta yang memberi manfaat kepada 280,633 penerima dalam pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025 dengan pembayaran disalurkan mulai hari ini secara pindahan dana elektronik (EFT).
Ringkasan AI
- Kerajaan negeri Pulau Pinang telah membelanjakan RM50.54 juta pada tahun lepas untuk membantu 280,633 penerima melalui pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera.
- Program i-Sejahtera merangkumi bantuan kewangan tahunan untuk warga emas, ibu tunggal, suri rumah, OKU, dan bayi, dengan jumlah bantuan antara RM100 hingga RM200 seorang.
- Permohonan bantuan yang dikemukakan selepas 10 Februari akan menerima pembayaran pada Fasa 2, dan pendaftaran boleh dibuat melalui laman sesawang i-Sejahtera.
Chow berkata pada tahun lepas, kerajaan negeri telah membelanjakan RM50.54 juta yang memberi manfaat kepada 280,633 penerima dalam pelbagai program di bawah inisiatif i-Sejahtera.
Beliau berkata ia merangkumi sumbangan tahunan berjumlah RM200 seorang untuk Program Penghargaan Warga Emas, Program Bantuan Ibu Tunggal (RM100), Program Suri Emas (RM100), Program Bantuan OKU (RM200) dan Program Anak Emas (RM200).
"Kerajaan negeri amat prihatin terhadap keperluan rakyat dan sentiasa memastikan bantuan yang disalurkan dapat meringankan beban golongan memerlukan dengan Program i-Sejahtera merupakan bukti mengutamakan agenda kebajikan serta mengiktiraf sumbangan penduduk Pulau Pinang," katanya.
Program i-Sejahtera merupakan penghargaan dan keprihatinan kerajaan negeri yang disumbangkan dalam bentuk kewangan secara setahun sekali kepada rakyat Pulau Pinang iaitu warga emas, OKU, ibu tunggal, suri rumah dan bayi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami