MALAYSIA
Pulau Pinang sasar penumpang kapal persiaran tumbuh 47 peratus pada 2026
Yeoh berkata Pulau Pinang berada pada landasan untuk meraih manfaat kesan limpahan ekonomi yang lebih kukuh berikutan permintaan global dan serantau yang semakin meningkat dalam aktiviti kapal persiaran. - Gambar Bernama
GEORGE TOWN: Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.
Ringkasan AI
Hal ini disebabkan oleh peluasan hab pelabuhan asal kapal persiaran, jadual pelayaran serantau yang diperkukuh dan pemasaran destinasi yang dipergiat.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Datuk Yeoh Soon Hin berkata negeri itu berada pada landasan untuk meraih manfaat kesan limpahan ekonomi yang lebih kukuh berikutan permintaan global dan serantau yang semakin meningkat dalam aktiviti kapal persiaran.
Beliau berkata Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) sedang bersiap sedia menerima kemasukan penumpang yang besar, dengan jumlahnya diunjurkan mencecah 679,809 orang pada 2025.
"Salah satu pencapaian penting yang diumumkan hari ini ialah perjanjian yang ditandatangani pada 4 Julai, 2025 antara Hwajing Travel and Tours dan Astro Ocean Cruise untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pelabuhan asal bagi kapal persiaran Piano Land yang berkapasiti 1,760 penumpang.
"Pelayaran sulungnya dari Pulau Pinang dijadualkan pada 30 Nov, dengan singgah di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang sebelum belayar kembali mengikut jadual selama tiga hari," katanya dalam satu kenyataan sempena Sesi Dialog Awam Pelancongan Kapal Persiaran 2025 di sini, hari ini.
Yeoh berkata SPCT dijangka menerima tujuh persinggahan yang dirancang pada 2025 dan kapal-kapal yang singgah itu berpotensi menghasilkan sekitar 24,640 penumpang yang secara minimumnya menghabiskan masa lawatan selama lapan jam di darat. Ini memberi manfaat langsung kepada perniagaan dan komuniti setempat.
Beliau berkata beberapa penambahbaikan segera sedang dilaksanakan termasuk mengukuhkan penyelarasan terminal, proses pengendalian penumpang yang ditambah baik dan prosedur Kastam, Imigresen dan Kuarantin yang diselaraskan bagi mengurangkan masa pusing balik kapal persiaran.
Dalam jangka masa sederhana, beliau berkata SPCT akan dinaik taraf menjadi kemudahan yang bersedia masa depan melalui kapasiti yang dipertingkat, pengukuhan infrastruktur sokongan dan penciptaan ruang logistik khususnya bagi menyokong aktiviti pelancongan.
"Pembangunan yang dirancang termasuklah menghidupkan semula kawasan daratan sekitar terminal bagi memperbaiki aliran penumpang, membuka peluang komersial dan memperkukuh ketersambungan jarak perbatuan akhir.
"Kami juga akan meneroka pembangunan laluan serantau yang menghubungkan Langkawi, Phuket, Acheh dan destinasi lain, menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada koridor kapal persiaran yang dinamik dan strategik," katanya.
Sesi Dialog Awam Pelancongan Kapal Persiaran itu menghimpunkan agensi kerajaan, pemain industri dan pihak berkepentingan komuniti untuk membentuk fasa seterusnya pembangunan kapal persiaran di Pulau Pinang di tengah-tengah landskap kapal persiaran global yang pesat berkembang, yang bercirikan kapal-kapal mega seperti Royal Caribbean International dan peningkatan permintaan penumpang dari Asia.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pulau Pinang mengejar pertumbuhan sektor pelancongan kapal persiaran dengan ramalan peningkatan penumpang sebanyak 47 peratus menjelang 2026.
- Pelabuhan Pulau Pinang memperluas hab pelancongan, memperkuat jadual pelayaran, dan tingkatkan pemasaran destinasi untuk meraih manfaat ekonomi yang lebih kukuh.
- Perjanjian antara Hwajing Travel and Tours dan Astro Ocean Cruise menjadikan Malaysia hab pelabuhan asal kapal persiaran Piano Land, yang dijangka mencecah 679,809 penumpang pada 2025, dengan kesan positif terhadap perniagaan tempatan.